Wednesday, April 16, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman lama...

saudara Edi, tidak bermakna kalu dulu kita tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi tu kita gagal. Saya pun bukannya pandai sangat sekolah masa dulu. Setakat boleh la SRP dpt A, SPM gred 1 dan STPM 3P saja.Tapi tak dpt ke mana-mana pun. Tp skrg alhamdulilah, peluang itu masih ada untuk saya. Saya kini baru saja  menamatkan pengajian pringkat degree di UiTM, kampus Puncak Perdana Shah Alam dlm bidang pengajian maklumat. Siapa sangka?Lagi seronok dan bermakna bekerja sambil belajar. Ada hikmah di sebaliknya....

Nor Hasni Hassan
Pembantu Perpustakaan Kanan
Putrajaya

Tel : 03-88856521



----- Original Message ----
From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>
To: Kelantan-kita@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, April 16, 2008 8:14:17 AM
Subject: Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman lama...

Kalaulah saya masih belajar di SMIP selepas SPM saya juga belajar di
situ pada tahun 1977 dan 1978 dan pada tahun 1979 katakan saya berjaya
cemerlang dalam STP , saya akan diterima masuk ke pengajian tinggi dan
belajar sains , kemudian katakan saya keluar pusat pengajian tinggi
sekitar tahun 1983 ketika itu, kerja sememangnya sudah sedia menunggu dan
kalaulah begitu hari ini iaitu 25 tahun kemudian saya mungkin dan jadi
pegawai yang berpangkat agak tinggi. Katakan juga saya melanjutkan
pengajian saya juga dalam bidang sains sehingga ke tahap yang lebih
tinggi. Kalaulah ini yang berlaku, saya berminat untuk menjadi ahli sains
dan melakukan penyelidikan demi penyelidikan untuk menjadikan sesuatu yang
sukar menjadi mudah sepertimana yang telah dilakukan oleh mereka yang
terdahulu.

Saya suka jadi seperti Thomes Elva Edison , yang punyai keazaman yang
sangat kuat untuk menerangi kegelapan malam.

Tapi sebaliknya saya gagal untuk perolehi keputusan yang baik ketika itu
terutamanya dalam mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan dan
Bahasa inggeris. Saya tidak sempat menduduki tingkatan 6 di SMIP dan
terpaksa membawa diri dari sekolah bantuan kerajaan.

Semasa belajar tingkatan 3 mata pelajaran yang saya minati geografi dan
sejarah. Tingkatan 4 tak belajar sejarah. Bererti saya hilang mata
pelajaran yang diminati. Saya boleh menguasai geografi, tapi itu tidak
begitu penting dalam aliran sains. Saya boleh menguasai Biologi, fizik dan
kimia kecuali yang mambabitkan pengiraan (macam mana nak cemerlang sains
kalau tak boleh mengira).

Mengapa saya menjadi lemah dalam matematik , saya mungkin ada jawapannya.

Edi.

On Tue, April 15, 2008 10:53 pm, ismail zaki wrote:
Kak Wan tinggal kat sg keladi? ooooo... nostalgia la. Teringat masa pegi
kat umah kakak saya di sg keladi, setiap pagi jumaat bangun awal bawak
kereta tolak pegi kilang gesek, kutip pulur dan kulit kayu utk buat kayu
api. Dulu dr situ boleh dgr pasukan pancaragam sek chung cheng buat
latihan setiap pagi minggu. Minyak masak beli kat kilang di kg cina. Dulu
kat sg budor banyak balak sbb kat situ ada sawmill. Dulu air sg kat sungai
keladi mengalir jernih tp kini dah jadi sg mati. Ntah kak wan masih ingat
lagi atau tidak tak tau lah. Fuhhh... nostalgia betul.

wan zainab saupik <wanzainab_saupik@ yahoo.com> wrote: yer la
..SMIP yg kat kompleks sekolah2, jln wakaf mek
zainab.

Saudara edy sah saudara di tahun yg sama di
SMIP...tapi saudara junior saya. Guru besar masa tu
memang Ismail Mat. Sape lagi guru2 kat situ yang
saudara masih ingat? Saya ingat ketua pengawas masa tu
Syukri Abdullah dan kalau sesiapa mengenali dia
sampaikan salam saya pada dia. Dia sekelas dengan
saya.

Saya juga masih ingat pelajar yang naik bot dari
kampung laut dan berhenti di pengkalan kg cina sebab
saya tinggal di sungai keladi...

Rasanya pencarian saya ni akan mengembalikan nostalgia
lama untuk kita kongsi bersama generasi muda yg tak
tau pelajar dr kg laut terpaksa berulang alik menaiki
bot tambang untuk ke sekolah.
--- hanie anis <hanie_anis@yahoo. com> wrote:

> maaf menyampuk... SMIP yg kat komplek sekolah-sekolah
> tu ke?
>
>
> Nor Hasni Hassan
> Pembantu Perpustakaan Kanan
> Putrajaya
> Tel : 03-88856521
>
>
>
> ----- Original Message ----
> From: rusli muhammad <mrusli60@yahoo. com>
> To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com;
> ediramle@kokpasir. com
> Sent: Tuesday, April 15, 2008 2:11:20 PM
> Subject: Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman
> lama...
>
> Oh kalu gitu kita seangkatanlah Edi. Lama saya tak
> bermail siber ya maklumlah ada macam-macam dalam
> kehidupan ni... itulah kehidupan...
>
> Edi sihat ke? SMIP memng terkenal dulu....
>
> --- Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com> wrote:
>
> > Saya juga pernah belajar di SMIP tingkatan 4 dan 5
> > pada tahun 1975 dan
> > 1976. ketika itu guru besar (sekarang dipanggil
> > pengetua) SMIP Tn. Haji
> > Ismail Mat. Bermaknanya saya seangkatan dengan Pn.
> > Zainab.
> >
> > Bagaimanapun di kelas saya itu hanya dari 2
> sekolah
> > iaitu dari SMK Mulung
> > dan SMK Kg. Laut. Semasa di SMIP saya boleh
> > dikatakan pelajar yang tidak
> > cemerlang dan ditempatkan di kelas akhir iaitu
> 4N10.
> > Sampai sekarang tidak
> > gemar belajar mata pelajaran yang lebih
> menggunakan
> > otak kiri. Barangkali
> > saya lebih banyak gunakan otak kanan , menyebabkan
> > saya gagal dalam alam
> > persekolahan. Ini kerana hampir 90 peratus sistem
> > pembelajaran yang ada
> > sekarang menumpukan kepada penggunaan otak kiri.
> > Dulu sebelum saya masuk aliran sains saya tak
> sedar
> > rupanya saya lebih
> > berkecenderungan dalam sastera. Bagi saya memilih
> > belajar di aliran sains
> > ketika itu adalah satu kesilapan. Bagaimanapun
> > kesilapan itu juga yang
> > membuatkan saya berada seperti yang ada sekarang.
> >
> > Tahun 1972 hingga 1974 saya belajar di SMK Kg.
> Laut
> > , sebelum itu dari
> > darjah 1 hingga darjah 6 saya belajar di SK Kok
> > Pasir. Ketika di sekolah
> > rendah saya sempat belajar menggunakan papan
> selit.
> > Pengalaman yang paling
> > indah dalam persekolahan adalah semasa di sekolah
> > rendah. Hidup di zaman
> > kanak-kanak ketika dulu sangat menyeronokkan.
> >
> >
> > Saya berulang alik naik motor sungai dari
> Pengkalan
> > Kg. Laut ke Pengkalan
> > Kg. Cina, Kota Bharu semasa bersekolah di SMIP.
> >
> >
> >
> > On Tue, April 15, 2008 11:43 am, Roslinda Ismail
> > wrote:
> > klu bukan teman sek,tak boleh jadi teman
> ker???mana
> > tau tak dapat jumpa
> > teman lama,dapat teman baru..
> >
> >
> >
> > ----- Original Message ----
> > From: wanzainab_saupik <wanzainab_saupik@
> yahoo.com>
> > To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com
> > Sent: Tuesday, April 15, 2008 11:38:28 AM
> > Subject: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman
> > lama...
> >
> > Saya ingin mencari teman2 di zaman persekolahan
> > iaitu pelajar2 SMIP,
> > tingkatan 6 tahun 77-78. Harap dapat berhubung
> > dengan saya melalui
> > email address saya. Terima kasih...




Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: