Wednesday, April 23, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Aku Anak Kelantan

Satu kes pernah berlaku waktu saya menuntut dulu, seorg pensyarah dr Perak menyapa kawan saya (org kelate yg pekat loghat kelate dia). Kata pensyarah tu, kenapalah org kelate ramai yg baca fatihah tak betul sedangkan dlm tilawah Quran ramai yg jd johan p'kat kebangsaan. Pensyarah ni merujuk kepada kaedah loghat kelate yg akhiran "an", "am" dan "ang" akan jadi "ae". Punyalah bangang pensyarah tu, dia tak tahu ker yg kat Kelate ni ramai yg layak jd imam sembahyang? Marah jugak kawan saya tu. Pensyarah tu tak perasan yg saya juga org kelate (mungkin dia ingat saya org perak sbb boleh ajuk ckp perak).

 

Ini semua kes terpencil, ramai pula org luar yg suka berkawan dgn org kelate terutama org luar yg dah fasih kecek kelate. Layanan kpd org luar akan menjadi lebih akrab kalau dia boleh kecek kelate sbb dah dikira "boleh masuk geng". Masalah utama org kelate/besut ialah masalah bahasa. Kebanyakan org kelate akan rasa kekok utk bercakap loghat luar justeru menyukarkan utk bersenda gurau menyebabkan perhubungan menjadi sedikit kaku. Sebab itulah org Kelantan lebih akrab dgn org besut berbanding dgn org tganu yg lain, semuanya atas dasar loghat. Apa2 pun saya tabik org kelate/besut sbb mereka mempunyai ikatan ukhwah sesama mereka yg amat kukuh.

 

BAHASA MENYATUKAN BANGSA. ISLAM MENYATUKAN UMMAT.

 
..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life


--- On Wed, 4/23/08, Nixk Code <nixkcode@yahoo.com> wrote:
From: Nixk Code <nixkcode@yahoo.com>
Subject: Re: { KELANTAN-KITA } Aku Anak Kelantan
To: Kelantan-kita@yahoogroups.com
Date: Wednesday, April 23, 2008, 12:00 PM

Saya menghadapi satu peristiwa yg agak menyedihkan mengenai pandangan orang luar terhadap anak kelantan.

Semasa belajar di Universiti belah utara dulu, seorang lecturer subjek Kenegaraan Malaysia(jika tak silap,dia asal orang perak). Dia telah mengeluarkan satu pandangan peribadinya kepada rakyat kelantan based on his experience.

Dia bercerita yang dia pernah pergi KL dgn kawan dia yg berasal dari kelantan.Mmg kamceng sungguh dia dgn member dia yg Kelantan tu.Kemudian, sampai saje di PWTC, member dia telah berjumpa dgn kawan-kawannya dari Kelantan dan buat donno lecturer tersebut  seolah2 buat tak kenal.Dia kata, amat membosankan bila mendengar group tersebut menggunakan bahasa Kelate pekat yang menyebabkan dia lansung tidak faham.Lecturer tersebut menambah dgn muka merah menahan marah,

"Rakyat kelantan HANYA BOLEH GENG dgn rakyat Kelantan sahaja.Yang mana dari luar Kelantan, KENA BERHATI2 bila berkawan dgn rakyat Kelantan.Saya sudah serik!"

Saya tersentak dengar luahan dia. Apa reason dia berkata demikian? Adakah dia cuba menokok tambah ceritanya untuk membangkitkan kebencian para pelajarnya terhadap anak dari kelantan?Saya tidak tahu.Cerita tersebut terus berlegar2 di kalangan student2 kelas tersebut.

Selepas dari itu, saya sudah hilang hormat terhadap lecturer tersebut. Amat tidak kena bila dia menghasut org luar dari kelantan,dgn menambah sentimen kenegerian..

Sepatut mereka ini perlu berbangga kerana negeri ini memiliki rakyat melayu teramai..Ramai yg cerdik pandai dari Kelantan,ramai yang pandai bisnes,juga dari kelantan.

Bahkan rakan saya dari Melaka pernah menghina terang-terangan "Rakyat Kelantan takde peluang pekerjaan di negeri sendiri, sampai merempat mencari pekerjaan di negeri orang! Muka tak malu".Saya terkejut...Mengapa bila sampai topik Kelantan, dipisahkan Kelantan dgn Malaysia? Kelantan juga sebahagian dari Malaysia.Sungguh hairan...

Mengapa sampai begini dasyat kebencian orang luar kelantan terhadap kita.Dimana salah kita?

p/s: nama negeri rakan2 saya itu dinyatakan bukan untuk tujuan membenci negeri tersebut, tetapi ambil ia sebagai satu fakta  yg rakyat kelantan tidak disenangi oleh negeri2 luar Kelantan.

Regards,
Nik Ramzi


wan zainab saupik <wanzainab_saupik@ yahoo.com>
wrote:

Assalamualaikum

Semalam saya menghadiri satu majlis. Di dalam majlis tersebut saya berkenalan dengan seseorang. Rancak kami berbual. Tiba-tiba dia bertanya saya berasal dari mana. Dan bila saya mengatakan yg saya berasal dari Kelantan, diam terdiam seketika. Lama selepas itu barulah dia bersuara, 'orang kelantan biasanya suka bergaul sesama mereka sahaja'.

Saya terkelu seketika mendengar kata-katanya itu. Namun di dalam hati tiba-tiba saya merasa bangga. Katalah apa sahaja, kita orang kelantan tidak peduli kerana perpaduan antara kita memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.

*Bangga memperkenalkan diri sebagai anak kelantan....

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: