Tuesday, April 15, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } apa khabar semua

Org yg mampu menggunakan kedua belah otak kiri dan kanan dikatakan mempunyai IQ yg tinggi. Sebenarnya otak kita boleh dilatih agar menggunakan sebelah lagi bahagian yg jarang digunakan agar kedua2nya berfungsi. Ada latihan khusus.

Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com> wrote:
Saya cuba jawab secara kampungan.

Perbezaaan antara mereka yang lebih menggunakan otak kanan berbanding otak
kiri.

Orang yang mampu menggunakan otak kiri lebih daripada menggunakan otak
kanan selalunya bersikap analitis, Matematikal, dan berfikir secara
logikal.

Berbanding dengan mereka yang lebih cenderung menggunakan otak kanan yang
lebih bersifat intuitif, emotif, kreatif dan psikotik.

Kurang lebihnya mereka yang lebih menggunakan otak kanan berbanding otak
kiri akan mengemari dan berkebolehan dalam bidang yang membabitkan
kesenian, penulisan karya sastera, dapat mengemukakan perasaan dan halus
perasaan.

Orang berfikir menggunakan otak kanan adalah seorang yang kreatif dan
sensitif serta berfikir secara subjektif.

Bererti kalau dia belajar dia lebih gemar belajar sesuatu yang bersifat
subjektif.

Hobi yang sesuai untuk mereka ialah pelukis, penulis novel, penyair,
cerpenis, pelakon, penyanyi, tukang gendang, tukang pembuat serunai,
wartawan, pengubah lagu, penulis lirik, tukang karut dikir barat, pereka
bentuk dan banyak kerja-kerja yang membabitkan perasan , gerak hati,
kesenian dan kejiwaan. Mereka orang yang banyak idea dan pelbagai idea
yang muncul. Dan mereka adalah bagi saya seorang yang hebat tetapi tidak
dihebatkan.

Kalau ibarat TV orang berotak kanan adalah siaran.

Sedangkan hobi dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka yang lebih kekuatan
menggunakan otak kiri pula adalah berkaitan dengan matematik,guru sains,
guru matematik, pengukuran, jurutera, kedoktoran, juru kira, ahli sains
, ahli falsafah. Kebanyakan yang dikerjakan adalah bersifat objektif .
Mereka adalah orang hebat yang dihebatkan.

Dalam kehidupan hari ini sistem telah melebihkan mereka yang menggunakan
otak kiri lebih oleh itu kita sering didedahkan kepada memperkuatkan
penggunaan otak kiri , sehinggalah penumpuan terhadap penggunaan otak
kanan terabai.

Kalau ibarat TV orang berotak kiri adalah TV yang tersedia untuk diisi
dengan siaran.

Jadi kiranya seseorang itu menggunakan kedua-duanya secara sama kuat maka
beliau adalah orang yang cemerlang. sebagai contoh jadilah ia sebagai
seorang ahli sains yang kreatif.

Orang yang mahir menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanan contoh yang
saya terlintas ialah pembuat wau bulan. Mereka hasilkan wau yang cantik
dengan hiasan dan rambu serta busur. Tetapi mereka juga mahir untuk
membuatkan wau itu dapat melayang di angkasa dengan mantapnya. Wau yang
menarik serta dapat dinaikkan dengan sempurna.

Saya kira saya lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiri
dalam hal ini memandangkan saya tidak langsung berkebolehan dalam
matematik dan perkara-perkara yang membabitkan pengiraan.

Saya telah cuba uji dengan ujian yang mudah iaitu saya letakkan tangan di
kedua belah paha. Kemudian saya mulakan menumbuk paha kanan (guna tangan
kanan)dan pada waktu yang sama mengosok paha kiri (guna tangan kiri)
dengan cepat selama beberapa ketika menukar kepada tangan kiri menumbuk
paha kiri dan tangan kanan mengosok paha kanan juga dengan pantas dan
diulang buat beberapa kali.

Setelah seminit dua aktiviti ini dilakukan dengan cepat dan bergilir-gilir
dan kemudiannya berhenti. Apa yang dirasakan kepala sebelah kiri saya
terasa lenguh dan letih. Saya kira otak kiri saya agak lambat untuk
menerima dan memberi arahan semasa aktiviti ujian yang dijalankan tadi.

Pandangan ini bukannya kajian ilmiah dan mungkin apa yang saya tulis ini
tidak bertepatan dengan keadaan sebenarnya. Mungkin ada mereka yang lebih
mengerti tentang perkara ini.

Berkenaan soalan kedua , setakat ini saya belum boleh memberikan jawapan
tentang mereka yang kidal , tapi saya kira ianya tidak ada kaitan dengan
kecenderungan menggunakan otak kanan atau otak kiri kerana kecenderungan
ini (menggunakan otak kiri atau kanan) lebih kepada perkara yang
membabitkan aktiviti pemikiran.

Edi

On Tue, April 15, 2008 4:20 pm, Ahmad Shahir Bahruddin wrote:
Sesiapa disini boleh ceritakan perbezaan orang yang berfikir menggunakan
otak kanan dan orang yang menggunakan otak kiri. Satu lagi soalan, adakah
orang kidal cenderung menggunakan otak kanan untuk berfikir?




 
..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life

between 0000-00-00 and 9999-99-99   __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: