Saturday, April 19, 2008

{ KELANTAN-KITA } Banyak yang berguna tapi tidak digunakan

Kali ni nak bincangkan mengenai banyak yang berguna tapi tidak digunakan.
Banyak sekali perkara yang boleh diperkatakan tentang perkara ini. Tapi
kali ini dikhususkan kepada apa yang ada di internet yang adakalanya tidak
disedari akan keberadaannya.

Apa yang dilihat dan diketahui umum, pengguna internet terdiri daripada
pelbagai golongan yang boleh dibahagikan kepada tahap pendidikan, tahap
keberadaan, tahap minat, tahap umur , tahap kecintaan dan banyak
tahap-tahap lain. Kalau dihuraikan semuanya bakal membabitkan pengkajian
yang memakan masa dan menghasilkan sebuah tulisan yang panjang dalam
kelebaran yang biasa.

Kalau dibahagikan mengikut tahap usia. Apa yang dilihat boleh di bahagikan
kepada golongan kanak-kanak, remaja, pelajar , dewasa dan warga emas.

Saya kecilkan sedikit pengkhususan agar lebih jelas. Bagaimanapun ini
bukan bermakna tiada kekecualian.
Kanak-kanak selalunya amat mengemari permainan oleh itu mereka guna
internet untuk bermain.
Golongan remaja lebih gemar hiburan, jadi mereka guna internet untuk
berhibur. Golongan pelajar pula akan gunakan internet untuk mencari
bahan-bahan ilmu. Tidak bertindihkan antara pelajar dengan remaja. Boleh
dikatakan bertindih dan boleh juga dikatakan tidak bertindih.
Golongan dewasa sukakan sesuatu yang berupa lain sedikit(ada dalam
fikiran) antaranya sukakan berita-berita dan perkembangan semasa. Golongan
warga emas sukakan panduan dan tips terutamanya yang berhubung dengan
kesihatan, perjalanan , kerehatan dan sebagainya termasuk tanaman,
ternakan dan sebagainya.

Jadi meleret pula, belum lagi sampai maksudnya.

Ringkasnya
-kanak-kanak suka main games (ada kekecualiannya)
- Remaja suka lagu-lagu dan perkenalan contohnya melalui frienster dsb.
-Pelajar suka lihat laman-laman pendidikan.
-Orang dewasa suka lihat berita , blog-blog dan sesuatu yang lebih mencabar.
- orang tua lebih terarah kepada kesihatan.

Ini tidak semestinya seratus peratus betul, tapi hanya berdasarkan
kecenderungan semasa kini.

------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: