Monday, April 7, 2008

{ KELANTAN-KITA } DIMANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU SEKARANG??

 
Wahai Orang-2 Melayu Sekalian... Ingat dan baca baik-2. Nampaknya Majoriti dan bilangan Orang Melayu yang banyak tidak memberi apa-apa makna jika kita berpecah - belah. Jangan jadikan Negeri Perak menjadi ikutan seperti negeri Pulau Pinang dan jauhkan diri kita kehilangan tanahair seperti Singapura.... Tidak kiralah dimana pihak anda, samaada PKR atau BN. Buatlah sesuatu untuk diri kita bersama. Ingat.. Tidak Melayu Hilang di Dunia.
 
Desas Desus kedengaran bahawa ADUN Perak terutamanya yang berbangsa
Melayu cuba berpaling tadah kepada UMNO selepas dikatakan tidak
berpuashati dengan pembahagian kerusi exco di negeri tersebut. Ini
disebabkan majoriti exco adalah dari parti DAP dan segala keputusan
berkenaan kerajaan negeri didominasi oleh parti tersebut. Krisis ini
semakin buruk apabila Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) memegang portfolio
sebagai pengerusi jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan
Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam. Bermakna, segala
perkara berkaitan dengan kewangan akan di kawal oleh parti DAP. Salah
seorang daripada ADUN yang berbangsa Melayu (nama tidak boleh
nyatakan) telah meluahkan pendapat bahawa nasib orang Melayu
terutamanya dalam pembahagian kontrak atau tender akan diabaikan. Jika
dilihat pembahagian portfolio exco kepada PKR dan PAS, mereka hanya
diberikan beberapa jawatan yang tidak penting berbanding parti DAP.
Kebanyakan mereka seperti tidak boleh menerima yang kerajaan negeri
Perak ketika ini dikuasai oleh Cina lebih-lebih lagi negeri ini
majoritinya adalah berbangsa Melayu. Terdapat juga sumber yang tidak
sahih, menyatakan lebih kurang 45 peratus ADUN Perak dari parti
pembangkang terutamanya parti PKR dan segelintir dari PAS mula
berbincang dikalangan mereka untuk menyertai UMNO (sumber dalaman UMNO
Perak). Mereka dari kalangan parti pembangkang akan dijanjikan 50/50
jawatan Exco kerajaan negeri Perak jika mereka menyertai UMNO iaitu
separuh ahli exco dari pembangkang dan separuh lagi dari UMNO selain
jawatan Timbalan Menteri Besar kepada parti pembangkang. Ini adalah
merupakan luahan suara hati beberapa ADUN parti pembangkang berbangsa
Melayu yang merasakan kedudukan orang Melayu perlu dipertahankan dan
mereka tidak mahu Nasib Perak akan menjadi seperti Pulau Pinang.
Mereka juga berpendapat, Menteri Besar ketika ini pak turut Parti DAP
dalam membuat sesuatu keputusan.

--
Regards.
Akarbuana Administrator.
www.blog.akarbuana.com.my - Web Portal
__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: