Tuesday, April 15, 2008

{ KELANTAN-KITA } Fungsi hati

Barangkali ini sesuatu yang rumit untuk diperkatakan tentang otak, Ruh,
minda, minda bawah sedar, minda supersedar, hati, kalbu, nyawa, badan
wadaq, badan astral, aura, perasaan, jiwa dan seumpamanya.

Hanya sebahagian kecil sahaja mungkinnya yang diketahui terutamanya
tentang ruh. sedangkan yang lainnya sentiasa dikaji diselidiki dan dialami
oleh manusia baik menggunakan kaedah formal dan tidak formal.

Baik melalui kajian menggunakan paralatan dan kajian pengalaman batin
seseorang tertentu.

Antara semuanya ada perbezaan. Otak dan hati adalah berupa benda (organ),
tapi minda, pemikiran, perasaan , jiwa tidak merupakan benda.

Dalam soal hati nampaknya seperti ada dua yang berbeza iaitu hati yang
bersifat organ dan hati yang tidak bersifat organ.

Hati dari sudut sainsnya adalah organ kita yang terbesar. Pada orang
dewasa beratnya mencapai kira-kira 1.3 kg dan terbahagi 2 lobus, iaitu
kiri dan kanan.

Selain besar dalam ukuran, organ hati juga punya peranan hebat dalam
proses pencernaan, berperanan dalam pelbagai reaksi kimiawi tubuh yang
berbeza juga berfungsi sebagai organ penyimpan.

Fungsi utama hati adalah mengumpulkan darah dari saluran cerna melalui
sirkulasi hepatik dan memasukkan berbagai substansi kimiawi tubuh ke
dalamnya sebelum dialirkan kembali ke bagian tubuh lain.

Fungsi organ hati belum sepenuhnya difahami. Beberapa fungsi dari organ
tersebut ialah mengatur kadar gula darah ,Metabolisme lemak ,Metabolisme
protein ,Penyimpanan vitamin ,Penyimpanan mineral ,Produksi empedu .

Di sini kita tidak melihat fungsi hati memainkan peranan sebagai tempat
bersarangnya perasaan.
Orang pernah berkata sakit hati terhadap sesuatu atau terhadap orang lain.
Apakah perasaan itu dirasakan di kepala atau di bahagian hati?

Mungkin perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.

Edi.

------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: