Tuesday, April 15, 2008

{ KELANTAN-KITA } Mengejar masa depan yang tak pasti

Terdahulunya Pakdo nak minta maaf kepada saing-saing (rakan-rakan) pakdo dari Indonesia dan dari negeri-negeri selain Kelantan  di egroup ini kerana mungkinnya banyak kedapatan ayat dan kata-kata pakdo tidak bakal dimengertikan sebaiknya.

Hari ini pakdo merasa terpanggil ke jendela rumah tua (lama) beratapkan kepingan zink yang pakdo diami bersama makdo (isteri pakdo) dan cucu cicit (anak kepada cucu)  pakdo semenjak anak-anak pakdo masing-masing mencari kehidupan untuk menyarai keluarga masing-masing.

Mereka perlu bekerja untuk mendapat sumber kewangan bagi membeli sebahagian kesenangan kehidupan yang sungguh-sungguh semakin mencabar ini, juga bagi membangunkan anak bangsa, negara dan tamadun manusia seluruhnya.

Kerja adalah satu perjuangan yang besar dan bermakna. Dan kerja adalah perbuatan positif kerana sebahagian besar daripada sifat kerja adalah membangunkan , melainkan sebahagian kecil kerja yang meruntuhkan contohnya memecahkan ketulan batu untuk dijadikan batu-batu kecil atau dijadikan simen. itupun adalah langkah meruntuhkan untuk membangunkan sesuatu yang lebih bererti. Seperti juga menebang pokok untuk dijadikan kertas atau rumah  adalah suatu kerja meruntuh untuk membangunkan sesuatu yang mungkinnya lebih bermakna di atas keruntuhan tersebut.

Kalau benarlah kerja itu perjuangan dan bagi pakdo ianya sememangnya benar, maka demi perjuangan ini, manusia sanggup meninggalkan kampung laman yang sentiasa diingati, manusia sanggup meninggalkan sanak saudara maupun untuk sementara meninggalkan isteri tercinta di kampung laman bersama anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih dan sayang seorang ayah yang terpaksa  kini memejamkan mata hati, memejamkan mata rasa dan dengan tabahnya bertahan dalam  ribut rasa yang  saban masa menerkam dan menerjah di hati.

Ketika itu, kerinduan menjadi suatu kesakitan yang nikmat yang tidak tergambarkan oleh susunan kata-kata pakdo.

Dari jendela minda pakdo, pakdo melihat cucu dan cicit pakdo berlarian di halaman hari yang masih pagi. Mereka mengejar dan berlari. Mereka mengejar mungkinnya masa depan yang tak pasti. Tapi pakdo sentiasa berdoa dan sentiasa berharap dan sentiasa pakdo bisikkan di telinga mereka ketika pakdo anggap gelombang otak mereka berada dalam keadaan alpha . Pakdo bisikkan kepada minda bawah sedar cucu-cicit pakdo , yang suatu hari nanti akan menjadi insan yang hebat. Kerana pakdo percaya yang kejadian manusia adalah kejadian yang paling sempurna berbanding dengan makhluk lain  yang dijadikan Allah. Jadi tidak ada sebab mengapa anak cucu pakdo tidak boleh menjadi hebat dalam ukuran hebatnya seorang manusia biasa.

Kehebatan manusia, sememangnya jauh daripada apa yang sentiasa difikirkan. Manusia boleh saja menghancurkan bukit , manusia boleh menenggelamkan sebahagian pinggir laut dengan menggunakan pemikiran dengan menggunakan alatan tertentu yang direkacipta.

Tapi pakdo lihat, ramai manusia  yang suka buang masa dengan sia-sia kepada sesuatu yang tidak berguna dan bermanfaat . Malah lebih teruk lagi ramai dari kalangan manusia yang telah dan sedang memusnahkan diri sendiri. Memusnahkan masa depan, memusnahkan harapan dan memusnahkan sesuatu yang sepatutnya dibina dan diperkukuhkan.


--
Hormat selalu daripada Pakdo
Kelantan, 15 April 2008
__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: