Wednesday, April 16, 2008

{ KELANTAN-KITA } Anwar cuba racun Kj dengan simpati

Anwar cuba racun Kj dengan simpati

                                                            

Perancangan pihak tertentu untuk memusnahkan kerjaya Khairy Jamaluddin dan menangguk di air yang keruh semakin menjadi-jadi dan seperti melepaskan anjing tersepit. Anwar kini bermain dengan kata-katanya membayangkan beliau adalah menusia yang masih punya hati dan perasaan.

 

Sekali lagi Anwar berlakon mencari simpati sama seperti beberapa siri lakonan beliau sebelum ini untuk meraih simpati tetapi berniat jahat. Antara lakonan beliau sebelum ini ialah lakonan 'Acid Arsenic', sakit pinggang dan kemungkinan disuntik HIV.

Setelah menyaman Khairy sebanyak RM 10 juta hari ini. Anwar berlakon lagi dengan memberikan simpati kepada Khairy Jamaluddin (KJ ) yang dikatakan dikambing hitamkan oleh orang UMNO dan dipersalahkan dalam kekalahan UMNO ketika PRU12 yang lalu.

Anwar sungguh bijak mencuri kesempatan dan tahu akan akibat kata-kata simpati beliau sebenarnya adalah racun untulk membunuh Khairy yang dalam usaha Khairy yang mahu bertanding dalam pemilihan pemuda UMNO yang akan datang.

 

Niat serampang dua mata Anwar yang lecik ini boleh meracun pemikiran ahli UMNO untuk membuat kesimpulan bahawa Khairy adalah kroni Anwar.

 

Saikologi timbal balik Anwar ini adalah merupakan steategi terbaru mereka untuk mengucar kacirkan UMNO yang sedang mengelami kemelut dalaman.

Strategi pembangkang untuk menghancurkan kepimpinan UMNO dan keluarga Pak Lah di mana ianya di mulakan oleh Karpal Singh yang mensihati Tun agar terus bersara dan jangan campuri pentadbiran Pak Lah dan akibatnya Tun terperangkap dan terus membuat andaian bahawa Pak Lah punyai konspirasi dengan DAP untuk menjahanamkan UMNO. Sila baca tulisan ini, Mungkinkah Tun berpakat dengan Karpal Singh untuk jatuhkan Pak Lah?. Klik disini:http//:www.prokhairy.com

__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: