Tuesday, April 15, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman lama...

Assalamualaikum...

Aduhai saudara Ismail Zaki...bila saudara mengimbas kembali kenangan tersebut, seperti terbayang kembali semuanya itu di depan mata saya. Sebenarnya saya hampir saja terlupa tentang sawmill yg kat sg budor tu, juga pasal kilang minyak masak kat kg cina tu. Mengimbas kembali kenangan lalu kadang kala membuatkan kita rasa terharu. Saudara lupa menyebut satu perkara, iaitu tentang perusahaan membuat kain batik di sepanjang sg budor hingga ke sungai keladi.

Saya masih ingat betapa seronoknya mandi di sg keladi yg airnya begitu jernih masa tu, nampak anak2 ikan seluang berenang di dasarnya. Ingat lagi tandas rakit yg terdapat di sepanjang sg budor ke sungai keladi? rakit yg dibuat dari buluh yg diikat, di dalam buluh2 rakit yg terendam itu pula udang galah membuat sarangnya. Tak dapat juga dilupakan bagaimana mencari etok d sungai, balik rumah mesti kena marah kat emak sebab berjam2 d sungai sampai hitam kulit....aduhai...memang best sangat bila diimbas kembali kenangan masa tu.

Sekarang ni, bila saya melintas jambatan sg keladi dan memberitahu anak2 di sg inilah tempat mama mandi manda dulu anak2 akan mentertawakan saya. Kenapa mama mandi di air sekotor dan sekeruh itu. Dan bila saya gambarkan pada mereka bagaimana air di sungai itu 30 thn dulu, saya lihat cahaya keseronokan di mata anak2 saya. Spontan mereka berkata yg mereka kesal kerana sungai kita sudah jadi seteruk itu.

Masih ingatkah lagi saudara pada ais kepal? Airbatu yg dikisar dan dibentuk seperti bebola kemudian dicurahkan sirap merah di kelilingnya?

Boleh saudara beritahu saya siapa kakak saudara yg tinggal di Sungai Keladi? Masih adakah lagi dia di sana. Mungkin saya mengenalinya dan dia juga mengenali saya....

Masihkah kau ingat ..... (bait lagu Koptrasa)

ismail zaki <wmzakey@yahoo.com> wrote:
Kak Wan tinggal kat sg keladi? ooooo... nostalgia la. Teringat masa pegi kat umah kakak saya di sg keladi, setiap pagi jumaat bangun awal bawak kereta tolak pegi kilang gesek, kutip pulur dan kulit kayu utk buat kayu api. Dulu dr situ boleh dgr pasukan pancaragam sek chung cheng buat latihan setiap pagi minggu. Minyak masak beli kat kilang di kg cina. Dulu kat sg budor banyak balak sbb kat situ ada sawmill. Dulu air sg kat sungai keladi mengalir jernih tp kini dah jadi sg mati. Ntah kak wan masih ingat lagi atau tidak tak tau lah. Fuhhh... nostalgia betul.

wan zainab saupik <wanzainab_saupik@yahoo.com> wrote:
yer la ..SMIP yg kat kompleks sekolah2, jln wakaf mek
zainab.

Saudara edy sah saudara di tahun yg sama di
SMIP...tapi saudara junior saya. Guru besar masa tu
memang Ismail Mat. Sape lagi guru2 kat situ yang
saudara masih ingat? Saya ingat ketua pengawas masa tu
Syukri Abdullah dan kalau sesiapa mengenali dia
sampaikan salam saya pada dia. Dia sekelas dengan
saya.

Saya juga masih ingat pelajar yang naik bot dari
kampung laut dan berhenti di pengkalan kg cina sebab
saya tinggal di sungai keladi...

Rasanya pencarian saya ni akan mengembalikan nostalgia
lama untuk kita kongsi bersama generasi muda yg tak
tau pelajar dr kg laut terpaksa berulang alik menaiki
bot tambang untuk ke sekolah.
--- hanie anis <hanie_anis@yahoo.com> wrote:

> maaf menyampuk...SMIP yg kat komplek sekolah-sekolah
> tu ke?
>
>
> Nor Hasni Hassan
> Pembantu Perpustakaan Kanan
> Putrajaya
> Tel : 03-88856521
>
>
>
> ----- Original Message ----
> From: rusli muhammad <mrusli60@yahoo.com>
> To: Kelantan-kita@yahoogroups.com;
> ediramle@kokpasir.com
> Sent: Tuesday, April 15, 2008 2:11:20 PM
> Subject: Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman
> lama...
>
> Oh kalu gitu kita seangkatanlah Edi. Lama saya tak
> bermail siber ya maklumlah ada macam-macam dalam
> kehidupan ni... itulah kehidupan...
>
> Edi sihat ke? SMIP memng terkenal dulu....
>
> --- Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com> wrote:
>
> > Saya juga pernah belajar di SMIP tingkatan 4 dan 5
> > pada tahun 1975 dan
> > 1976. ketika itu guru besar (sekarang dipanggil
> > pengetua) SMIP Tn. Haji
> > Ismail Mat. Bermaknanya saya seangkatan dengan Pn.
> > Zainab.
> >
> > Bagaimanapun di kelas saya itu hanya dari 2
> sekolah
> > iaitu dari SMK Mulung
> > dan SMK Kg. Laut. Semasa di SMIP saya boleh
> > dikatakan pelajar yang tidak
> > cemerlang dan ditempatkan di kelas akhir iaitu
> 4N10.
> > Sampai sekarang tidak
> > gemar belajar mata pelajaran yang lebih
> menggunakan
> > otak kiri. Barangkali
> > saya lebih banyak gunakan otak kanan , menyebabkan
> > saya gagal dalam alam
> > persekolahan. Ini kerana hampir 90 peratus sistem
> > pembelajaran yang ada
> > sekarang menumpukan kepada penggunaan otak kiri.
> > Dulu sebelum saya masuk aliran sains saya tak
> sedar
> > rupanya saya lebih
> > berkecenderungan dalam sastera. Bagi saya memilih
> > belajar di aliran sains
> > ketika itu adalah satu kesilapan. Bagaimanapun
> > kesilapan itu juga yang
> > membuatkan saya berada seperti yang ada sekarang.
> >
> > Tahun 1972 hingga 1974 saya belajar di SMK Kg.
> Laut
> > , sebelum itu dari
> > darjah 1 hingga darjah 6 saya belajar di SK Kok
> > Pasir. Ketika di sekolah
> > rendah saya sempat belajar menggunakan papan
> selit.
> > Pengalaman yang paling
> > indah dalam persekolahan adalah semasa di sekolah
> > rendah. Hidup di zaman
> > kanak-kanak ketika dulu sangat menyeronokkan.
> >
> >
> > Saya berulang alik naik motor sungai dari
> Pengkalan
> > Kg. Laut ke Pengkalan
> > Kg. Cina, Kota Bharu semasa bersekolah di SMIP.
> >
> >
> >
> > On Tue, April 15, 2008 11:43 am, Roslinda Ismail
> > wrote:
> > klu bukan teman sek,tak boleh jadi teman
> ker???mana
> > tau tak dapat jumpa
> > teman lama,dapat teman baru..
> >
> >
> >
> > ----- Original Message ----
> > From: wanzainab_saupik <wanzainab_saupik@
> yahoo.com>
> > To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com
> > Sent: Tuesday, April 15, 2008 11:38:28 AM
> > Subject: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman
> > lama...
> >
> > Saya ingin mencari teman2 di zaman persekolahan
> > iaitu pelajar2 SMIP,
> > tingkatan 6 tahun 77-78. Harap dapat berhubung
> > dengan saya melalui
> > email address saya. Terima kasih...
> >
> >
> >
> >
>
> ____________ _________ _________ _________ _________
> _________ _
> Be a better friend, newshound, and
> know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
> http://mobile. yahoo.com/ ;_ylt=Ahu06i62sR
> 8HDtDypao8Wcj9tA cJ
>
>
>
>
>
>
__________________________________________________________
> Be a better friend, newshound, and
> know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

__________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ




 
..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life
between 0000-00-00 and 9999-99-99  

between 0000-00-00 and 9999-99-99 <hr size=1>Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. <a href="http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ "> Try it now.</a> __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: