Sunday, April 20, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Banyak yang berguna tapi tidak digunakan

Assalamualaikum..
 
Sebagai seorang wanita yg boleh dikategorikan sudah hampir mencapai usia emas, saya sebenarnya buta internet. Di zaman saya manalah ada komputer. Namun sebab ingin meneroka, saya belajar dengan anak2. Bermula dengan menaip novel menggunakan words, sikit2 saya belajar. Kemudian saya mula belajar surf d internet, juga dengan anak2 yg sememangnya celik komputer. Saya jadi seronok. Memang mcm2 ada sekiranya kita rajin meneroka. Mula2 dulu saya suka cari resipi masakan. Lepas tu blog2 penulis. Paling melucukan anak2 juga mengajar saya chating dalam ym. Saya berhubung dengan adik2 yg berada di merata tempat d malaysia melalui ym... Anak2 juga buatkan email untuk saya dan sekarag saya berbangga dalam usia saya ini saya juga dapat meneroka teknologi moden seperti anak2 muda hari ini....

Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com> wrote:
Kali ni nak bincangkan mengenai banyak yang berguna tapi tidak digunakan.
Banyak sekali perkara yang boleh diperkatakan tentang perkara ini. Tapi
kali ini dikhususkan kepada apa yang ada di internet yang adakalanya tidak
disedari akan keberadaannya.

Apa yang dilihat dan diketahui umum, pengguna internet terdiri daripada
pelbagai golongan yang boleh dibahagikan kepada tahap pendidikan, tahap
keberadaan, tahap minat, tahap umur , tahap kecintaan dan banyak
tahap-tahap lain. Kalau dihuraikan semuanya bakal membabitkan pengkajian
yang memakan masa dan menghasilkan sebuah tulisan yang panjang dalam
kelebaran yang biasa.

Kalau dibahagikan mengikut tahap usia. Apa yang dilihat boleh di bahagikan
kepada golongan kanak-kanak, remaja, pelajar , dewasa dan warga emas.

Saya kecilkan sedikit pengkhususan agar lebih jelas. Bagaimanapun ini
bukan bermakna tiada kekecualian.
Kanak-kanak selalunya amat mengemari permainan oleh itu mereka guna
internet untuk bermain.
Golongan remaja lebih gemar hiburan, jadi mereka guna internet untuk
berhibur. Golongan pelajar pula akan gunakan internet untuk mencari
bahan-bahan ilmu. Tidak bertindihkan antara pelajar dengan remaja. Boleh
dikatakan bertindih dan boleh juga dikatakan tidak bertindih.
Golongan dewasa sukakan sesuatu yang berupa lain sedikit(ada dalam
fikiran) antaranya sukakan berita-berita dan perkembangan semasa. Golongan
warga emas sukakan panduan dan tips terutamanya yang berhubung dengan
kesihatan, perjalanan , kerehatan dan sebagainya termasuk tanaman,
ternakan dan sebagainya.

Jadi meleret pula, belum lagi sampai maksudnya.

Ringkasnya
-kanak-kanak suka main games (ada kekecualiannya)
- Remaja suka lagu-lagu dan perkenalan contohnya melalui frienster dsb.
-Pelajar suka lihat laman-laman pendidikan.
-Orang dewasa suka lihat berita , blog-blog dan sesuatu yang lebih mencabar.
- orang tua lebih terarah kepada kesihatan.

Ini tidak semestinya seratus peratus betul, tapi hanya berdasarkan
kecenderungan semasa kini.



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: