Monday, April 14, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman lama...

Saya juga pernah belajar di SMIP tingkatan 4 dan 5 pada tahun 1975 dan
1976. ketika itu guru besar (sekarang dipanggil pengetua) SMIP Tn. Haji
Ismail Mat. Bermaknanya saya seangkatan dengan Pn. Zainab.

Bagaimanapun di kelas saya itu hanya dari 2 sekolah iaitu dari SMK Mulung
dan SMK Kg. Laut. Semasa di SMIP saya boleh dikatakan pelajar yang tidak
cemerlang dan ditempatkan di kelas akhir iaitu 4N10. Sampai sekarang tidak
gemar belajar mata pelajaran yang lebih menggunakan otak kiri. Barangkali
saya lebih banyak gunakan otak kanan , menyebabkan saya gagal dalam alam
persekolahan. Ini kerana hampir 90 peratus sistem pembelajaran yang ada
sekarang menumpukan kepada penggunaan otak kiri.
Dulu sebelum saya masuk aliran sains saya tak sedar rupanya saya lebih
berkecenderungan dalam sastera. Bagi saya memilih belajar di aliran sains
ketika itu adalah satu kesilapan. Bagaimanapun kesilapan itu juga yang
membuatkan saya berada seperti yang ada sekarang.

Tahun 1972 hingga 1974 saya belajar di SMK Kg. Laut , sebelum itu dari
darjah 1 hingga darjah 6 saya belajar di SK Kok Pasir. Ketika di sekolah
rendah saya sempat belajar menggunakan papan selit. Pengalaman yang paling
indah dalam persekolahan adalah semasa di sekolah rendah. Hidup di zaman
kanak-kanak ketika dulu sangat menyeronokkan.


Saya berulang alik naik motor sungai dari Pengkalan Kg. Laut ke Pengkalan
Kg. Cina, Kota Bharu semasa bersekolah di SMIP.

On Tue, April 15, 2008 11:43 am, Roslinda Ismail wrote:
klu bukan teman sek,tak boleh jadi teman ker???mana tau tak dapat jumpa
teman lama,dapat teman baru..

----- Original Message ----
From: wanzainab_saupik <wanzainab_saupik@yahoo.com>
To: Kelantan-kita@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 15, 2008 11:38:28 AM
Subject: { KELANTAN-KITA } mencari teman-teman lama...

Saya ingin mencari teman2 di zaman persekolahan iaitu pelajar2 SMIP,
tingkatan 6 tahun 77-78. Harap dapat berhubung dengan saya melalui
email address saya. Terima kasih...


------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: