Wednesday, March 5, 2008

{ KELANTAN-KITA } Selamat pulang

Saing-saing pakdo sekelian. Hari ini sudah Khamis 6hb Mac 2008. Pakdo kira ramai juga saing-saing dan adik kakok pakdo yang berada di perantauan,  akan ,telah atau dalam perjalanan untuk pulang ke kampung buat sehari dua sempena cuti persekolahan minggu depan.

Alhamdulillah, Negeri kita sekarang dalam keadaan sungguh aman damai walaupun penduduknya terpaksa berlawan sesama sendiri yang kemuncaknya pada hari sabtu ini. Sama ada yang menganggap perlawanan ini secara perlawanan sebenar atau sebahagian lainnya anggap sebagai perlawanan persahabatan dan selepas ini sama-sama kita kembali hidup dalam suatu keluarga . Sama-sama mendirikan masyarakat agar dapat mewujudkan masyarakat sekitar kita menjadi antara yang terbaik dalam banyak segi.

Sepertimana saing-saing pakdo . Pakdo juga bercadang untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan pada 8 Mac ini. Pakdo nak ajak makdo  untuk sama-sama tunaikan kewajiban itu dan berhajat nak pergi pagi-pagi lagi ke tempat pembuktian tanggungjawab tersebut. Ketika itu pakdo dan makdo adalah antara mereka yang awal datang dan berbaris menunggu giliran.

Seperti ingin menghadiri majlis perayaan, pakdo berhias diri,pakdo potong juntaian misai, pakdo nak pakai baju yang makdo baru belikan khas untuk pakdo.

Pakdo menonggang motosikal bersama makdo  dan meletak motorsikal di luar pagar sekolah.Dengan senyuman sebagai tanda keyakinan dan tanpa merasa sebarang dendam  menuju ke barung untuk mendaftar untuk mendapat nombor siri.

Dari barung pakdo akan berbaris pada saluran yang ditetapkan. Berbaris ni lebih menampakkan kemeriahan pagi ini. Tidak lama kemudian pakdo menyerahkan kad pengenalan kepada petugas di sini.Petugas kemudian melihat wajah pakdo .Pakdo tersenyum.
Petugas itu juga turut tersenyum dan menyebut nombor 234  pakdo bin tokdo  kemudian membuat satu garisan pada kertas . Kad pengenalan pakdo dikembalikan.

Petugas kedua memotong dua keping kertas berwarna oren dan merah jambu dan hulurkan kepada petugas ketiga untuk ditindik.
Petugas ketiga menindik kertas kemudian diberi kepada pakdo.

Pakdo menuju ke ruang yang separuh tertutup dan memerhati seketika kertas di tangan untuk mengenalpasti bahagian mana yang perlu ditandakan. Setelah didapati tidak tersilap tempat, Dengan bacaan Bismillah pakdo mula menanda  pada kedua-dua kertas tadi dan melipat empat supaya tak dapat dilihat oleh sesiapapun.

Pakdo bawa kertas yang telah ditanda dan dilipat empat itu dan memasukkannya ke dalam dua peti lut sinar yang disediakan.
Sampai di sini selesai tanggungjawab yang diberikan kepada pakdo dan pakdo akan keluar dari bilik itu.

Pakdo memberi senyuman kepada mereka yang di hadapan pakdo dan keluar bersama makdo setelah makdo juga selesai tunaikan tanggung jawab tersebut.

Malam nanti pakdo bercadang untuk menguatkan mata bagi menyaksikan keputusan-keputusan yang bakal diumumkan satu persatu. Apa sahaja keputusan  tiada pilihan lain lagi selain pakdo kena akur.

Sebelum itu pakdo nak mohon maaf kepada saing-saing pakdo semua yang membaca catatan pakdo ini. Walaupun antara kita ada sedikit sebanyak perbezaan. Kita tetap sahabat dan persahabatan tidak boleh kita samakan dengan perbezaan pemahaman walaupun ada antara kita yang berbeza pandangan.

Pakdo impikan anak bangsa pakdo sebagai antara yang hebat dan terbilang.


--
HOrmat selalu daripada Pakdo __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: