Sunday, March 16, 2008

{ KELANTAN-KITA } Sekadar Renungan


Assalamualaikum wbt.

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia
telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh)
maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun
padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip
jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah
alangkah bercahayanya
wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tid! ak akan
melihatmu padahari
kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di
depannya, diatidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada
langit sehingga orangyang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan!
keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'
bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor
kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa
menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada
Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa
ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap
sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini
melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu
aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau
tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke
mari, nantiAllah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang
yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama
engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu :
"Lepaskan kijangitu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke
situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai
Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih
kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan
Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali
kepada engkau."
Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan
berselawat keranakita
tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan
sudara-mara. Semoga kita
sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih
sayang terhadap
Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam
secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(surah Al-Baqarah ayat:
208)

Salam ceria selalu

Ya ALLAH swt. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU
redha seluruh kehidupanku. AMIN.


__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: