Assalamualaikum  wbt.
CAHAYA  MUKA  NABI  S.A.W.
Telah  diriwayatkan  daripada  Siti  Aishah  bahawa  ia
telah  berkata  :  "Sedang
aku  menjahit  baju  pada  waktu  sahur  (sebelum  subuh)
maka  jatuhlah  jarum
daripada  tanganku,  tiba-tiba  kebetulan  lampu  pun
padam,  lalu  masuklah
Rasulullah  s.a.w.  Ketika  itu  juga  aku  dapat  mengutip
jarum  itu  kerana
cahaya  wajahnya,  lalu  aku  berkata,  "  Hai  Rasulullah
alangkah  bercahayanya
wajahmu!
Seterusnya  aku  bertanya:  "  Siapakah  yang  tid!  ak  akan
melihatmu  padahari
kiamat?"
Jawab  Rasulullah  :  "Orang  yang  bakhil."
Aku  bertanya  lagi  :  "Siapakah  orang  yang  bakhil  itu?"
Jawab  baginda  :  "Orang  yang  ketika  disebut  namaku  di
depannya,  diatidak
mengucap  selawat  ke  atasku."
BERDOA
Berkata  Al-Barra'  r.a  .  bahawa  Nabi  s.a.w.  bersabda:
"Segala  doa  itu
terdinding  (terhalang  untuk  dikabulkan)  daripada
langit  sehingga  orangyang
berdoa  itu  mengucapkan  selawat  untuk  Muhammad  dan!
keluarga  Muhammad."
KIJANG  DAN  ANAKNYA
Diriwayatkan  oleh  Abu  Na'im  di  dalam  kitab  'Al-Hilyah'
bahawa  seorang
lelaki  lalu  di  sisi  Nabi  s.a.w.  dengan  membawa  seekor
kijang  yang
ditangkapnya,  lalu  Allah  Taala  (Yang  berkuasa
menjadikan  semua  benda-benda
bercakap)  telah  menjadikan  kijang  itu  bercakap  kepada
Nabi  s.a.w.  :  "Hai
Pesuruh  Allah,  sesungguhnya  aku  ada  mempunyai  beberapa
ekor  anak  yang
masih  menyusu,  dan  sekarang  aku  sudah  ditangkap
sedangkan  mereka  sedang
kelaparan,  oleh  itu  haraplah  perintahkan  orang  ini
melepaskan  aku  supaya
aku  dapat  menyusukan  anak-anakku  itu  dan  sesudah  itu
aku  akan  balik  ke
mari."
Bersabda  Rasulullah  s.a.w.  "  Bagaimana  kalau  engkau
tak  balik  ke  mari
semula?"  Jawab  kijang  itu:  "Kalau  aku  tidak  balik  ke
mari,  nantiAllah
Taala  akan  melaknatku  sebagaimana  Ia  melaknatkan  orang
yang  tidak
mengucapkan  selawat  bagi  engkau  apabila  disebut  nama
engkau  disisinya."
Lalu  Nabi  s.a.w.  pun  bersabda  kepada  orang  itu  :
"Lepaskan  kijangitu  buat
sementara  waktu  dan  aku  jadi  penjaminnya.  "
Kijang  itu  pun  dilepaskan  dan  kemudian  ia  kembali  ke
situ  semula.  Maka
turunlah  malaikat  Jibril  a.s.  dan  berkata  :  "Hai
Muhammad,  Allah  Taala
mengucapkan  salam  kepada  engkau  dan  Ia  (Allah)
berfirman:  "  Demi
KemuliaanKu  dan  KehormatanKu,  sesungguhnya  Aku  lebih
kasihkan  umat
Muhammad  daripada  kijang  itu  kasihkan  anak-anaknya  dan
Aku  akan  kembalikan
mereka  kepada  engkau  sebagaimana  kijang  itu  kembali
kepada  engkau."
Alhamdulillah.  .marilah  memperbanyakkan  bersukur  dan
berselawat  keranakita
tergolong  dalam  umat  Muhammad.
Panjangkan  kisah  ini  kepada  sahabat-sahabat  dan
sudara-mara.  Semoga  kita
sama-sama  berusaha  dalam  menghidupkan  rasa  kasih
sayang  terhadap
Rasulullah  SAW.
Hai  orang-orang  yang  beriman,  masuklah  ke  dalam  Islam
secara
keseluruhannya,  dan  janganlah  kamu  turut
langkah-langkah  syaitan,
sesungguhnya  syaitan  itu  musuh  yang  nyata  bagimu.
(surah  Al-Baqarah  ayat:
208)
Salam  ceria  selalu
Ya  ALLAH  swt.  Kembalikanlah  aku  dalam  keadaan  KAU
redha  seluruh  kehidupanku.  AMIN. 
Tidak dibenarkan mengiklan.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment