Saya memahami apa yang dicetuskan oleh sdr. Wazam tentang perjuangan ICT
 di Kelantan kita yang kini kelihatan seakan semakin perlahan dan semakin
 kurang bermaya. Semangat yang dulunya berkobar-kobar kini seakan tinggal
 kerlipan yang kecil.
 
 Semangat yang berkobar-kobar untuk memperjuangkan agar warga kelantan
 celik ICT dan Celik maklumat adalah kehendak positif dan tanpa mengira
 siapa kita , kita teruskan juga walaupun dengan keupayaan yang amat kecil.
 
 Diakui , saya sendiri telah beberapa kali dimasuki oleh fikiran negatif
 yang seakan mempersoalkan sesuatu dan kemudian meletakkan diri di posisi
 pertahanan bukan di posisi penyerang adalah keputusan yang kurang wajar
 dan kurang baik untuk perjuangan.
 
 Dulu saya sendiri telah cuba memperjuangkan apa yang boleh dikatakan
 sebagai memperkasakan ICT di Kelantan melalui keupayaan kesukarelaan
 sepenuhnya dengan keihklasan yang tinggi. Saya kira sangat sukar untuk
 menemui mereka yang bakal memberi sumbangan dengan ikhlas untuk perkara
 ini tanpa mengharapkan sesuatu.
 
 Banyak sekali suara-suara yang menafikan keikhlasan dan kesukarelaan
 hinggakan adakalanya terasa seperti dikalahkan oleh suara-suara yang
 mengatakan zaman sekarang tiada lagi keikhlasan dan kesukarelaan dan kalau
 ada pun ianya akan berakhir dengan kekecewaan.
 
 Selama bertahun-tahun juga dapat dipertahankan hinggalah kita dapat
 melahirkan sebuah persatuan ICT di Tumpat dan mengadakan siri-siri kursus
 dan perjumpaan ICT biarpun berskala kecil , tapi ianya berhasil memberi
 kesan terhadap perkembangan ICT di Kelantan.
 
 Sokongan daripada pelbagai pihak adalah sukar diperolehi dan paling
 mengecewakan saya dan mungkin juga sdr Wazam ialah kemudahan sambungan ke
 internet.
 
 Sejak puluhan tahun dulu terpaksa guna talian internet dail up itupun
 hanya dengan menggunakan talian telefon rill dan talian CDMA yang perlahan
 dan memakan perbelanjaan  bulanan yang agak banyak juga pada setiap bulan.
 Sampai sekarang talian telefon tetap dan kemudahan streamyx masih tidak
 dapat saya guna , begitu juga dengan wazam.
 
 Saya amat kecewa tentang prasarana kemudahan talian  tetap telefon di sini
 dan kemudahan penggunaan internet yang berkelajuan agak tinggi.
 
 Bagaimana pun saya kira, saya sendiri perlu ubah semula posisi daripada
 posisi pertahanan kepada posisi penyerang dan kembali semula dengan penuh
 semangat kesukarelaan tanpa menghiraukan sebarang rasa kecewa dan putus
 asa demi untuk Agama dan bangsa yang semestinya unggul dalam segala.
 
 Ediramle
 
 On Thu, March 13, 2008 12:46 am, wzam wrote:
 kalau suatu ketika dulu rakan ict membuahkan idea teknologi,
 Kini tidak lagi seperti dulu,
 Kalau suatu ketika dulu banyak percambahan idea,
 kini banyak idea yang dimusnahkn oleh krn silap faham
 Kalau dulu banyak masalah untuk memajukan insan
 Kini,mereka berani hentam-menghentam,
 Rasanya kesejahteraan emosi semakin pergi,
 Rasanya medan ke arah memajukan ICT menjadi medan perjuangan emosi
 Dulu semuanya yang menjanji memajukan teknologi skrang nampak dah jadi
 tempat mencarut
 entah apa-apa yang hendak dituju.
 Itulah kalau mencarut itu dah mula berakar umbi,pasti kata-kata dan gambar
 sebagai bukti
 yang akan menyusur entah bila akan berhenti....
 
 Jangan guna emosi secara emosianal tapi kita guna emosi tu secara
 profesional untuk kebaikan....
 
 Maaf saya tak pandai nak sajak tapi sekadar nak luah perasaan jer....
 
 wazam
     .  .
   " V "
 
 
Tidak dibenarkan mengiklan.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment