hadir ke Pusar Sumber Maklumat Kok Pasir pada pukul 4.00 petang 26 Mac
2006 nanti.
Di bawah saya cuba memaknakan sedikit sebanyak tentang apakah yang
dikatakan sebagai telecenter. Mungkin istilah yang saya ubahsuai di bawah
belum menepati makna telecenter sebenarnya.
Apa Itu Telecenter ?
Telecenter adalah tempat yang menyediakan kemudahan mengakses  Teknologi
Maklumat  Dan Komunikasi  (ICT) yang boleh digunakan oleh komuniti
setempat  bagi  mendapatkan dan menyebarluaskan maklumat mengenai sesuatu
seperti : Pendidikan, pertanian, Keagamaan,  kesenian,Keusahawaanan,
Perikanan, Pertanian, Perternakan,  Kesehatan dan pelbagai perkara yang
boleh memberikan manfaat kepada pengguna berkenaan dan sesiapa sahaja yang
menerima maklumat yang disampaikan.
Tujuan Telecenter ?
Tujuan telecenter antara lainnya:
 1.   Memberdayakan Masyarakat dengan kemudahan akses terhadap maklumat
asas seperti maklumat  pertanian, perdagangan, pendidikan, kesehatan,
keagamaan dan lain-lain.
2.   Meningkatkan Kemampuan Masyarakat dalam hal mengakses maklumat
kemahiran menggunakan komputer, kemampuan mengongsi maklumat dengan pihak
luar melalui kursus-kursus yang dijalankan dari masa ke semasa.
 3.   Mendorong Masyarakat untuk meningkatkan perekonomian setempat dengan
kegiatan pembangunan komuniti melalui pemanfaatan teknologi maklumat dan
komunikasi;
4.   Mengembangkan Kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan untuk membangun
minda dan ekonomi komuniti setempat.
Apa Yang Disediakan di Telecenter ?
Telecenter  menyediakan beberapa unit komputer,  printer,  kamera digital,
video kamera , TV,  DVD Player, LCD dan kemudahan berkaitan ICT. Semua
komputer dihubungkan dengan jaringan internet.
Dalam hal ini, saya kira, MID (Medan Infodesa), PID (Pusat Internet Desa),
cafe siber, Pusat Akses Komuniti , Pusat Sumber Maklumat , Pusat sumber
(yang dilengkapi dengan kemudahan akses internet) Perpustakaan Desa yang
dilengkapi dengan kemudahan akses internet dapat dikategorikan sebagai
telecenter.
Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
On Fri, March 21, 2008 2:43 pm, wzam wrote:
Insya Allah, Kalau tiada aral melintang, wazam akan ke Pusat Sumber Kok
Pasir sepertimana tarikh dan masa yang ditetapkan..ramai ke mereka akan
hadir?
wazam
    .  .
  " V "
  ----- Original Message -----
  From: Ediramle Ismail
  To: tumpat@yahoogroups.com ; pesisir@yahoogroups.com ;
perintis@yahoogroups.com ; kelantan-kita@yahoogroups.com
  Sent: Friday, March 21, 2008 10:03 AM
  Subject: { PESISIR } KAJIAN AKTIVITI DAN PRASARANA TELECENTER
  Dimaklumkan satu kaji selidik aktiviti dan prasarana telecenter akan
  dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Utara Malaysia yang akan
  berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir (Pusat ICT Kok Pasir)
  pada pukul 4.00 petang 26 Mac 2008.
  Kajian di bawah geran NCER untuk meninjau kegiatan dan prasarana
telecenter
  (i.e. PID, MID, Pusat Komuniti, Perpustakaan desa dll.) di seluruh
  Semenanjung
  Malaysia.
  Memandangkan Pusat Sumber Maklumat Kok Pasir saya tempatkan di internet
http://pusatsumber.kokpasir.com , penyelidik berkenaan telah hubungi
saya
  untuk berkunjung pada hari tersebut.
  Saya beritahu mereka yang pusat sumber ini hanya sebuah ruang yang
sempit
  dan dalam keadaan yang serba kekurangan dan jauh sekali dapat diertikan
  sebagai sebuah pusat sumber dalam erti sebenarnya. Beliau berkata tak
apa
  kerana ianya diusahakan secara persendirian. Bagaimanapun saya katakan
  saya akan berikan kerjasama sepenuhnya terhadap kajian ini.
  Walaupun begitu saya masih risau juga bimbang kalau beliau datang dan
  hanya bertemu saya seorang sahaja.
  Oleh yang demikian saya mohon terutamanya rakan-rakan yang berada
  berhampiran turut hadir sama pada 26 Mac 2006 pukul 4.00 petang . Saya
  sangat mengharapkan Wazam dan rakan-rakan ICT lain dapat hadir pada
waktu
  tersebut kerana mereka juga ingin berjumpa 5 orang lain bersama saya
  ketika itu dalam melaksanakan kejian tersebut.
  Katanya sekurang-kurangnya 2 orang Pensyarah ICT dari UUM yang terbabit
  dalam kajian tersebut.
  Ediramle Ismail,
  Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
------------------------------------
Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
  
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/
<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
  
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
    mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com 
    mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
  
No comments:
Post a Comment