Thursday, March 20, 2008

{ KELANTAN-KITA } KAJIAN AKTIVITI DAN PRASARANA TELECENTER

Dimaklumkan satu kaji selidik aktiviti dan prasarana telecenter akan
dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Utara Malaysia yang akan
berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir (Pusat ICT Kok Pasir)
pada pukul 4.00 petang 26 Mac 2008.

Kajian di bawah geran NCER untuk meninjau kegiatan dan prasarana telecenter
(i.e. PID, MID, Pusat Komuniti, Perpustakaan desa dll.) di seluruh
Semenanjung
Malaysia.

Memandangkan Pusat Sumber Maklumat Kok Pasir saya tempatkan di internet
http://pusatsumber.kokpasir.com , penyelidik berkenaan telah hubungi saya
untuk berkunjung pada hari tersebut.

Saya beritahu mereka yang pusat sumber ini hanya sebuah ruang yang sempit
dan dalam keadaan yang serba kekurangan dan jauh sekali dapat diertikan
sebagai sebuah pusat sumber dalam erti sebenarnya. Beliau berkata tak apa
kerana ianya diusahakan secara persendirian. Bagaimanapun saya katakan
saya akan berikan kerjasama sepenuhnya terhadap kajian ini.

Walaupun begitu saya masih risau juga bimbang kalau beliau datang dan
hanya bertemu saya seorang sahaja.

Oleh yang demikian saya mohon terutamanya rakan-rakan yang berada
berhampiran turut hadir sama pada 26 Mac 2006 pukul 4.00 petang . Saya
sangat mengharapkan Wazam dan rakan-rakan ICT lain dapat hadir pada waktu
tersebut kerana mereka juga ingin berjumpa 5 orang lain bersama saya
ketika itu dalam melaksanakan kejian tersebut.

Katanya sekurang-kurangnya 2 orang Pensyarah ICT dari UUM yang terbabit
dalam kajian tersebut.


Ediramle Ismail,
Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

No comments: