Thursday, March 27, 2008

{ KELANTAN-KITA } Kita Superman

Saing-saing Pakdo sekelian.
Alhamdulillah, Pakdo kini berada dalam keadaan sihatsejahtera sekali.

Pakdo terasa  begitu hening dan sunyi tapi tidak sepi. Keadaan yang nyaman dan sangat mendamaikan. Seakan kiranya setetes air yang jatuh dari daun keladi ke permukaan kolam yang jernih dapat menghasilkan bunyi yang merdu diikuti riak-riak air yang berpusat kemudian semakin menjauh hingga tiba di birai kolam.

Hari ini pakdo nak membicarakan mengenai kehebatan. Pakdo perhatikan , kejadian alam semesta ciptaan Allah ini sungguh mengkagumkan dan ianya sungguh hebat.

Pakdo perhati, kejadian manusia antara yang terbaik dan memiliki kesedaran yang tinggi dan dianugerahkan tenaga yang cukup besar.
Manusia pada asalnya tidak boleh terbang kerana tidak bersayap dan kedua belah tangan mereka tidak bersayap.Mungkin terbang bukan sebagai keutamaan kepada manusia , kerana manusia kemudiannya bakal boleh terbang dengan lebih pantas dan labih jauh daripada burung-burung yang bersayap.

Manusia tidak dikurniakan mata yang setajam mata kucing atau mata musang, mungkin itu bukan keutamaan kerana suatu masa nanti manusia akan dapat melihat dalam keadaan yang sebagaimana gelap sekalipun. Dan kini ternyata manusia mampu melihat dengan terang benderang pada waktu dan di ketika yang paling gelap sekalipun.

Manusia tidak dikurniakan ekor yang baik sepertimana ikan bagi membolehkan mereka berenang dengan pantas,kerana mungkin itu tidak menjadi keutamaan kerana pada suatu masa nanti manusia bakal mampu berenang melebihi kemampuan kepantasan ikan berenang.  Dan ini ternyata menjadi kenyataan bila manusia manusia dapat memintas ikan-ikan yang begitu hebat berenang di lautan. manusia dapat memmanfaatkan laut lebih daripada ikan memmanfaatkan laut.

Banyak sekali kehebatan-kehebatan yang lahir dan dapat dilihat melalui renungan, melalui tafakur ,melalui meditasi dan melalui pemikiran yang tenang.

Walaupun begitu hebat (dikurniakan) tapi hanya sebahagian kecil sekali manusia yang menyedari kehebatan diri mereka. mereka tidak tahu yang mereka hebat. mereka tidak tahu yang sebenarnya semua orang boleh jadi superman, semua orang boleh jadi seperti ultraman, semua orang boleh jadi seperti jin aladin.  Hanya beberapa orang sahaja yang menyedari dan dapat menggunakan sebahagian daripada kehebatan yang mereka ada itu.

Manusia hanya menggunakan hanya kurang daripada 10 peratus kuasa yang mereka ada. Di mana lagi 90% , ini sudaha tentu mereka tidak menyedarinya. Mereka lihat hanya pada permukaan ketulan ais yang terapung, tapi tidak melihat betapa berganda kali besarnya ais yang tenggelam di bawah permukaan lautan.

Pakdo tidak berapa tahu sangat tentang perkara ini. Tapi 88% daripada keupayaan manusia adalah tersembunyi dan itulah yang tidak disedari mereka. Keupayaan itu berada pada minda di bawah sedar mereka. Minda bawah sedar ini sentiasa berfungsi dan merakam sepanjang hayat seseorang manusia biarpun ketika jaga atau ketika tidur.

Semudah itukah untuk membangunkan minda bawah sedar. Tentunya tidak ,ianya perlu digali dan dikorek serta disaring agar dapat menghasilkan galian yang sangat berharga yang tentunya hanya dapat diperolehi oleh mereka yang memerlukannya.


Pakdo kira cukup setakat ini untuk kali ini kerana kalau berpanjangan pakdo kira saing-saing pakdo tidak bakal memhabiskan bacaan catatan pakdo ini.

Pakdo gi dulu.


Hormat selalu daripada pakdo.


__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: