Monday, March 31, 2008

{ KELANTAN-KITA } MEMUKAT PENGALAMAN DI PANTAI MENARA API TUMPAT

Dengan hormatnya sebagai lanjutan kepada program Kembara Pulau Delta
http://kembarapulau08.kokpasir.com

Kami akan mengadakan program MEMUKAT PENGALAMAN DI PANTAI MENARA API
TUMPAT seperti berikut:


Tarikh: 3 April 2008 (Bermula petang Khamis hingga pagi Jumaat)

Tempat bertolak: Pengkalan Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Masa: 3.30 petang Khamis.

Pengangkutan: Motorboat enjin galah.

Bayaran penyertaan: RM 10 (untuk kos tambang boat)

Makanan dan minuman urusan persendirian dan digalakkan untuk bawa lebih
untuk dikongsikan oleh peserta lain.


*kami juga bercadang adakan satu lagi perjalanan pada sebelah malam.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar melalui tel: 0129032948 Ediramle
atau e-mel ediramle@kokpasir.com dengan kadar segera sebelum petang
Rabu.


Acara program:

3.30 - Bacaan doa dan bertolak dari Pengkalan Kok Keli . Berhampiran Gate
Kok Keli.

3.30 ptg- 4.15 - Menyusur suasana sungai pulau Delta.
4.15 - Dijangka tiba ke Pantai Rumah Api .
4.20 - Persiapan tempat.(pasang tempat berteduh , khemah kecil dan
sebagainya.
4.40 - Solat Asar.
5.00 - Menarik Pukat tarik di lagun. Mencari kepah, sebahagian peserta
boleh mamancing dan aktiviti lain.

7.00 mlm- Minum petang .
7.20 - Solat Maghrib - Tazkirah Maulidur Rasul, Solat Isyak, Tahlil dan
salawat Maulud.

8.45 mlm - Bakar ikan,udang dan ketam . Makan Malam (Bekalan nasi dibawa
secara persendirian)
9.30 malam - Memancing, tarik pukat.
11.00 malam - Sembang-sembang Pantai.
12.30 malam - tidur berulitkan bayu. Kepada yang nak memancing teruskan
memancing.

5.30 pagi Jumaat. Bangun pagi, mandi lagun , solat subuh.

6.30 pagi - Riadah, senaman ringan, ronda pantai.
7.00 Sarapan pagi.(kalau ada makanan).
7.30 Gotong royong membersih pantai.
8.30 pagi - Bertolak balik .

program lain boleh dicadangkan dan disesuaikan.

* Sekiranya ada sumbangan lebih , makan dan minum boleh disediakan.

* Kanak-kanak tidak dibenarkan bawa.

* Alatan yang sesuai perlu dibawa,seperti khemah kecil (jika ada), lampu
suluh, alat untuk memancing(jika ada), pukat (jika ada) , topi, bekalan
air minuman, Bekalan nasi dan sebagainya yang difikirkan perlu.

* Program ini dibuat secara kemuafakatan. Bayaran hanyalah untuk kos
tambang pengangkutan sahaja.

Ediramle Ismail


------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: