Tuesday, June 3, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } CUCU

Sdr. Wazam. sudah lama sekali tidak menemui sdr. sejak saudara berhijrah
dari sini.

Khabarnya kawasan kita bernasib tidak begitu baik dalam arus kemajuan
sambungan ke internet. Saudara juga seperti saya masih berada dalam
keadaan menggunakan internet yang tidak berkelajuan tinggi.

Bukan khabar lagi. Streamyx telah masuk setelah sekian lama menunggu. Tapi
talian telefon pula tidak ada. Maju sungguh perkhidmatan , tapi kita tetap
mundur dalam arus ini.

Kedengaran catatan ini seperti hanya saya berbicara dengan Wazam. Tapi
sebetulnya tidak. Ia juga untuk umum . Ia menandakan bahawa kemajuan ICT
di sini sebetulnya masih sangat terbatas.

Ada puluhan talian kemudahan akses internet. Tapi ternyata semuanya
terbatas. Ia terbatas oleh faktor luaran dan adakalanya terbatas oleh diri
sendiri.

Ada orang mampu tapi tidak berkeinginan. Disebaliknya ada orang yang
berkeinginan, tetapi tidak mampu. Inilah sebuah kehidupan yang
berwarna-warni. Cantik sungguh kehidupan.

Saya telah berbincang agak panjang lebar semasa perjumpaan ICT hari tu
,tentang tahap-tahap penggunaan internet dalam kalangan masyarakat kita.
Hasil daripada perbincangan tersebut, saya lihat penggunaan ICT di sini
masih jauh berada di bawah paras yang sepatutnya. Peratusannya masih
begitu kecil terutamanya dari segi penggunaan yang bermanfaat.

Ternyata saya merasa agak kecewa dengan tahap yang ada sekarang.
bagaimanapun Sememangnya kekecewaan saya tidak boleh diambil kira
sedikitpun kerana Saya bukannya sesiapa . Bukan orang besar, bukan orang
sederhana dan bukan juga pemimpin masyarakat, jauh sekali daripada seorang
pakar atau berkemahiran dalam ICT.

Jadi kiranya saya merasa agak kecewa dengan keadaan ini. Tidak ada apa-apa
yang perlu diambil kira kerana saya bukannya sesiapa itu.

Menyentuh soal kini sudah mendapat cucu pertama. Saya merasa sangat
gembira. Begini rupanya mendapat seorang cucu. Seperti terasa ada
perubahan dalam diri. Kalau sebelum ini terasa seperti muda selalu. Tapi
kini sudah merasa sebagai seorang yang agak tua. Merasa sudah berada dalam
kalangan warga gangsa.

Apa yang saya harapkan, semoga anak cucu dan cicit nantinya menjadi orang
yang baik-baik yang dapat memanfaatkan masyarakatnya.

Ediramle
Selasa malam Rabu. 4 Jun 08.

On Wed, June 4, 2008 12:04 am, wzam wrote:
Tahniah kepada sdr Edi yang mendapat cucu pertama yg kini sudah berusia
dua bulan lebih.Tidak tahu pulak yang edi sudah mendapat cucu walaupun
sering berkunjung ke Kg Kok Pasir.Sekali tagi ucapan tahniah semuga cucu
sulung ini menjdi seperti datuknya yang tabah dan bersemangat tinggi(rasa
tua pulak bila sebut datuk edi).
wazam
@@
"( V )"
.x.. .x..


------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: