Wednesday, June 4, 2008

{ KELANTAN-KITA } MINYAK NAIK HARGA, AKU HAMPIR NAIK MINYAK

Catatan 4 jun 2008;

 

On the way balik rumah ptg smlm, tetiba abang aku yg dok kat Johor SMS, "Harga minyak akan naik mulai tgh malam ni". Masa tu lebih kurang jam 7.05 ptg. Aku singgah jap kat expo di Pantai Geting nak beli pam tayar coz tayar motor aku kat umah pancit. Lepas tu aku terus ke stesyen minyak utk isi minyak. Mak oiii!!!! banyaknya kereta tengah que. Maka terpaksalah kereta aku jln mengesot-ngesot. Dah agak lama beratur, rasanya dlm ½ jam, tetiba enjin kereta aku mati. Rasa aku pasal bateri dah kong. Masa tu hanya tinggal selang 2 buah kereta utk aku masuk simpang stesyen minyak. Dlm keadaan kereta berhimpit2, terpaksalah aku mintak tolong polis yg sdg kawal trafik tolong tolak letak tepi.

 

Pasal hari dah gelap, terpaksa lah aku tinggalkan kereta kat situ dan aku menapak balik ke rumah yang jauhnya 1km dr situ.

 

Bila tiba kat umah, alamak aku tertinggal kunci rumah dlm kereta. Masa tu wife dan anak2 balik kampung. Apa lagi terpaksalah aku menapak balik ke stesyen minyak tu utk ambil kunci rumah dan kunci motor dlm kereta dalam suasana hari dah semakin malam. Setelah aku ambik semua barang dlm kereta, aku jalan kaki balik semula ke rumah. Nak tumpang motor orang, aku tak berapa kenal orang kat situ. Setengah yang aku kenal pun perempuan, takkan nak bonceng ngan org pompuan kot. Lagi pun masing2 nampak berpusu-pusu memunggah segala jenis tong yang ada utk mengisi minyak.

 

Dalam setengah kilometer lagi nak sampai, tetiba wife aku lalu. Dia tak perasan kat aku, mungkin sebab dah malam. Jadi cepat2 aku call suruh pusing balik, tapi yg angkat telefon tu anak aku yang baru tadika, susah kau nak fahamkan dia yang aku ada kat belakang. Kemudian barulah wife aku jawab, masa tu dia dah sampai kat umah. Dan bila dia pusing balik, aku dah berada dlm kira2 250 meter jer dari umah. Jadi alhamdulillah sempat jugak aku solat maghrib kat rumah walaupun semput.

 

Cerita aku tak habis setakat tu, dalam pukul 10.25 aku agak kereta yg beratur kat stesyen minyak dah kurang. Maka aku ajak wife keluar nak gi tukar tong gas sambil isi minyak kereta wife aku dan aku nak cuba gi start balik enjin kereta aku, kot-kot boleh hidup. Bila sampai, wah kereta masih banyak beratur. Aku pusing ke satu lagi stesyen minyak sebab kat situ dgr cerita tak ramai org yg pergi. Sampai jer, stesyen minyak dah tutup. Aku pun pusing balik ke stesyen minyak yang tadi. Terpaksalah jugak beratur. Cukup lama beratur, rasanya dah lebih dari setengah jam, tetiba tokey stesyen minyak tu dah tak larat nak panjangkan lagi waktu perniagaan. Tepat jam 11.34 mlm, stesyen minyak tutup. Maka frustlah berpuluh2 buah kereta dan lori yg sedang beratur panjang utk isi minyak. Kereta aku yang aku tinggalkan kat tepi jalan tadi tu pulak masih tak mau hidup dan terpaksa aku tinggalkan di dlm garaj org kat tepi stesyen minyak tu. Nasib baik tuan garaj tu baik hati.

 

Maka malam tu terpaksalah aku pulang semula ke rumah dengan hampa.

 

Yang aku dapat pada malam tu :

1. Minyak kereta aku dan kereta wife aku berkurangan kerana terpaksa beratur panjang.

2. Penat kerana terpaksa menapak berulang-alik ke rumah.

3. Kereta aku tersadai kat umah orang.

 

Nasib aku, YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN.

 

INILAH NEGARA AKU YANG MEMPUNYAI SUMBER MINYAK TAPI KELAM KABUT DISEBABKAN OLEH MINYAK.


 
..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life

__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: