Saturday, June 21, 2008

{ KELANTAN-KITA } Re: [Tumpat] semalam di Shah Alam

patut lm x nampak dmeo nline kat YM.... apa-2 pun satu catatan yg menarik.

2008/6/21 Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>:

Sekadar mengongsi sedikit pengalaman.

Sebuah catatan ringkas sepanjang perjalanan dan ketika bermalam di Shah Alam.

Khamis 18 Jun , pukul 8.45 malam. Kami bertolak dari kediaman di Kok
Pasir ,tumpat, Kelantan.

11.30 malam . Tiba di Stesen minyak Gua Musang. Van yang dipandu adik ipar
meragam dan terpaksa meminta bantuan polis peronda di Gua Musang untuk
bertanya formen kereta. Pegawai polis itu kebetulan kenal formen di situ
dan beliau telah tolong memberitahu kepada formen berkenaan tentang ada
kerosakan kereta untuk dibaiki dengan segera.
Formen tersebut mudah berkira dan datang . Selama kira-kira tiga jam baru
van yang dinaiki boleh meneruskan perjalanan semula iaitu lebih pukul 2
malam , 19 Jun.

Sampai di bukit selepas gua musang, van tersangkut-sangkut, tapi mujurlah
dapat meneruskan perjalanan dengan lancar selepas itu.

Pukul 6.30 pagi sampai di Genting Sempah dan berhenti di situ seketika
untuk tambah minyak.

Perjalanan diteruskan dan kami tiba ke Shah Alam kira-kira 7.30 pagi.
Setelah mencari beberapa ketika kami tiba di MSU dan mendaftar anak yang
akan mengaji di situ selama 2 tahun.

Pukul 12.30 tgh 19 Jun sementara anak masuk ke asrama dan urusan
pendaftaran masuk serta taklimat. Kami bertanya pak cik jaga di MSU di
Seksyen 13 Shah Alam berkenaan rumah penginapan untuk ditumpangi semalam.
Kebetulan dia ada simpanan nombor telefon untuk dihubungi.

Kami yang terdiri daripada saya, Adik, Adik ipar, dua orang anak dan dua
orang anak saudara menuju ke homestay di Bandar Baru Seksyen 7 Shah Alam
kerana hampir semuanya merasa begitu mengantuk kerana tak cukup tidur.
Lebih lagi adik ipar yang memandu tidak sedikitpun berkesempatan untuk
melelapkan mata.

Isteri masih menunggu anak di MSU. Kami tertidur semuanya di homestay yang
disewa selama sehari itu. Pukul 3.40 saya dan adik ipar pergi lagi ke MSU
untuk membawa barangan anak ke asrama. Kami , Saya , Adik ipar dan isteri
mengikuti bas yang membawa pelajar ke asrama.

Anak mendaftar di asrama yang terletak agak jauh juga dari tempat belajar.
Semasa di MSU tadi seramai 60 orang yang diterima masuk belajar di sini
dengan tajaan JPA . Dari jumlah itu dianggarkan lebih 10 peratus adalah
pelajar dari kelantan. 6 orang dari SMTFP (SMK Tengku Mohd Faris Petra) .

Di asrama , anak saya ditempatkan di tingkat 4 bersama 7 pelajar lain.
Salah satu dorm Asrama itu ada tiga bilik dan anak saya di bilik yang
menempatkan 3 pelajar. 2 daripadanya dari Kelantan dan seorang pelajar
dari Negeri Sembilan yang kebetulan rakan maya di YM nya yang dikenali
secara maya sebelum ini.

Dari lapan orang pelajar itu, 3 orang berbangsa cina dan 5 Pelajar Melayu.
Walaupun agak ramai juga pelajar india yang mendaftar tadi, tapi tak ada
yang ditempatkan di dorm asrama bersama anak saya ini.

Setelah urusan mendaftar di asrama selesai, kami balik ke tempat
penginapan di Seksyen 7 SHah Alam. Kebetulan di situ dekat dengan
pasaraya Bintang. Kami berehat dan ke pasaraya Bintang.

Petang itu saya sempat hubungi Rakan Penulis Sdr Zakaria Busu yang kini
tinggal di Puchung. Zakaria kata dia akan datang jumpa saya pada malam
nanti.

Pada malam kira-kira 9.00 malam Zakaria hubungi saya yang beliau akan
datang. Mungkin keterangan saya tidak begitu jelas tentang tempatnya, agak
sukar juga sdr. Zakaria mencari . Bagaimanapun akhirnya dapat juga bertemu
Zakaria BS , (seorang penulis yang kembali).

Dalam perjumpaan tersebut kami bincangkan untuk berjumpa Sdr. Manzaidi
(Sinar Harian Edisi Selangor). Setelah bertanya lokasi , kami menuju ke
sana.

Saya dan Zakaria berjaya menemui Manzaidi di kediamannya dan kami berbual
agak panjang di sebuah gerai berhampiran kediamannya. Pelbagai cerita yang
menarik dibualkan hingga dekat jam 1 pagi 20 Jun.

Pagi 20 Jun kami sekeluarga tidur agak memanjang juga kerana rasa letih
dalam perjalanan dan tidur masih kurang cukup lagi.

Jam 3 petang kami mula meinggalkan Shah Alam dan menuju ke Putrajaya . Nak
cerita pun malu juga, kerana saya sebelum ini belum lagi pernah ke
Putrajaya.

Kami berpusing-pusing di Puterajaya selama kurang lebih dua jam sambil
melihat susasana di sana.

Kami kemudiannya keluar dan menuju jalan pulang . Kami selamat sampai di
Rumah di Kok Pasir pada pukul 4.00 pagi Sabtu, 21 Jun 2008.

Dalam perjalanan ini saya dapat melihat beberapa perkara yang pastinya
penting untuk saya memikirkannya.

Ediramle Ismail
21 Jun 2008


__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: