Monday, June 30, 2008

{ KELANTAN-KITA } Apa khabar saing pakdo

Ketika menulis catatan ini, Pakdo merasa begitu aman damai sekali.
Angin dari kipas dinding berjenama Khind bertembung dengan angin dari
luar jendela yang menerpa. Bertembung perlahan di bahu dan pipi tua
pakdo yang masih kelihatan ceria walaupun semakin dimakan usia .

Cuaca elok yang membiru di langit membuatkan pakdo terangsang sekali
untuk mewarnakan perasaan pakdo yang indah seperti pelangi ini di
kanvas komunikasi ict ini.

Alhamdulillah, pakdo bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan
masih dapat menikmati hidup di satu-satunya negeri dan negara pakdo
yang sungguh aman damai ini.

Pakdo rasakan seperti pakdo dan rakan-rakan pakdo sedang bermain-main
dan berlarian saling mengejar dan dikejar seperti anak-anak kecil.
Kemudian berehat dan saling ketawa. Hebat sungguh permainan hidup ini.
Berpasangan-pasangan, yang lari dikejar. Ada yang naik dan ada yang
turun, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang cantik dan ada yang
molek. Pelbagai sungguh.

Negara pakdo aman damai sungguh dan rakyatnya sungguh cekal
menjalankan tugas untuk meneruskan usaha mengumpul kejayaan dan
kecemerlangan untuk dibekalkan kepada anak cucu cicit di masa
mendatang.

Sehari dua ni , berduyun-duyun anak-anak dan saing-saing pakdo
menghantar anak melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi .
Bukan ratusan orang , malah ratusan ribu orang pelajar yang berjaya
mendapat tempat.

Di tangan merekalah antaranya terletak kecemerlangan, keterbilangan
anak bangsa pakdo yang terkenal dengan sifat baik hati dan berhati
murni serta berfikiran jernih.

Pakdo nak ucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan itu. Kerana dengan
ilmu yang bakal diperolehi nanti, anak cucu saing pakdo itu akan
mengamalkannya bagi menambah yang ada dan memperbaiki apa yang kurang.

Lega sungguh perasaan pakdo , kini selapang sawah yang terbentang luas
kerana rakyat hidup begitu aman, mereka boleh menjalankan kerja-kerja
mereka tanpa terganggu, tanpa terhalang dan mereka boleh memperkayakan
diri dan keluarga dengan semahu-mahunya tanpa ada sesiapa yang
menafikan usaha itu.
Walaupun pakdo belum berjaya, tapi pakdo tetap merasa bangga dengan
kejayaan demi kejayaan yang dinikmati oleh saing-saing pakdo semuanya.

Pakdo juga, melihat perkembangan teknologi ICT juga semakin mendapat
sambutan, semakin berkembang dari hari ke sehari dan anak cucu pakdo
semakin pandai dan ini semakin memudahkan urusan kehidupan seharian.


--
Hormat selalu daripada Pakdo

------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: