Sunday, June 22, 2008

{ IT-KELANTAN } Hukum lelaki bertindik

Hukum Lelaki Bertindik

1. apakah hukum lelaki bertindik?
2. betulkah lelaki yang bertindik x boleh mengimamkan solat?

 

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga.

Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: "Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal". Direkod oleh Bukhari (no: 4951).

Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.

2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: "Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim".

rujukan:
-Majmuk; Nawawi 4/253
-Jamik Ahkam al-Nisaa'; Mustafa Adawi 5/560


 

Nor Hasni Hassan
Pembantu Perpustakaan Kanan
Putrajaya

Tel : 03-88856521


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
MARKETPLACE

Blockbuster is giving away a FREE trial of - Blockbuster Total Access.
Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Move More

on Yahoo! Groups

This is your life

not a phys-ed class.

Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

.

__,_._,___

No comments: