Tuesday, June 10, 2008

{ KELANTAN-KITA } Karya Terbaharu Darma Mohamad

DERAI-DERAI DEBU : Naskhah yang Menguja

( www.celikhuruf.blogspot.com )

Menangani karya terbaharu Pak Darma (Darma Mohamad) memunculkan keterujaan sepanjang masa. Lalu terdetik di hati saya, andai naskhah ini dinilai untuk Hadiah Sastera, mungkin ada tempat yang istimewa untuknya.


Pertama sekali saya menerima manuskrip ini dengan judul tidak berubah sekitar setahun yang lalu. Atas beberapa halangan dan himpitan masa manuskrip ini terseret ke tahun ini untuk diterbitkan. Sedikit kesal bersulam namun kepuasan jua hadir apabila menatap naskhah ini sudah 'comel' dalam bentuknya.


Meskipun dihimpit beberapa halangan, saya tetap 'berdegil' untuk tidak melepaskan manuskrip ini ke tangan orang lain untuk ditangani. Saya tidak mahu melepaskan setiap keterujaan lewat tulisan beliau di dada manuskrip ini. Saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

'Derai-derai Debu' menampilkan kisah kekeluargaan yang kaya dengan nilai untuk diteladani. Malah pembaca dihamparkan sifat luar biasa watak Zuhrah yang membangkitkan rasa ingin tahu.

Kecekalan watak Zuhrah mendepani cabaran mengutip ilmu bekalan hidup diiring dugaan dan cabaran. Bapa tirinya sendiri (Humaidi) tidak senang dengan perlakuan ganjil tentang dirinya. Ini termasuk kegilaanya menulis surat kepada Hellen Keller yang sudah lama mati. Demikian apabila dia sering sahaja bercakap dengan pokok-pokok dan tumbuhan.

Gadis yang menekuni bidang bioteknologi ini punya sifat yang luar biasa, punya semangat yang benar kental. Pembaca juga akan didedahkan pertentangan dalam hubungan anak dan bapa tiri, adik beradik tiri dan juga pertentangan nilai kehidupan dari dua insan yang diasuhkan dengan latar berbeza.

Malah, banyak sekali keterujaan akan dapat dinikmati lewat karya terbaharu Pak Darma ini. Manuskrip asal dengan 284 muka surat, kini diatur huruf menjadi 394 muka surat disaluti kulit yang merangsang minat.

Jarang sekali apabila kita membaca sesebuah novel lalu mengulangi pembacaan kita. Namun, Derai-derai Debu pasti meruntun nafsu untuk diladeni buat kali kedua. Seperti sesetengah buku yang berada dalam senarai kesukaan saya.

P/s: Sebagai editor untuk Derai-derai Debu, saya beri bintang penuh!


 

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com 

-- __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: