Tuesday, March 31, 2009

{ KELANTAN-KITA } Re: Mencari Peguam untuk Tujuan Fasakh (cerai)-Story inside.

--- In Kelantan-kita@yahoogroups.com, Nixk Code <nixkcode@...> wrote:
>
> Assalamualaikum,
>
> Seorang peguam syarie yang pernah saya berjumpa dengannya dan dia terus berikan sekeping card businesnya. Tapi sayangnya kad tersebut hilang entah ke masa cuma yang sempat saya save dalam hphone hanyalah nombor telefonnya sahaja iaitu 0129213566. Peguam tersebut bekas seorang ustaz.
>
>Seorang lagi peguam syarie yang saya kira terkenal kerana dia ni selalu bercakap di ruang udara RTM Kota Bharu setiap hari isnin pukul 6.10 petang. Namanya Ustazah Che Rosmah dan untuk mendapat nombor telefonnya kena hubungi saya di 013-9809890

sekian terima kasih.
>


------------------------------------

Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan sila lawati http://kanopi.kokpasir.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

{ IT-KELANTAN } (unknown)

ada seorang gadis buta, semua bencikan dia, kecuali kekasihnya, gadis itu selalu berkata sy akn mengahwini awak jika saya boleh melihat. pada suatu hari ade seorang yang mendrmakan mata kepade gadis itu, bila gadis itu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut apabila kekasihnya juga buta. lalu kekasihnya berkata "Sudikah awak mengahwini saya??" lalu gadis itu dengan serta merta menolak dan berkata "Tidak!!". Kekasihnya senyum dan sambil berkata " Tolong jaga mata saya baik-baik".

Disebabkan cinta dan sayang kepada kekasihnya, sanggup beliau bekorban untuk mendermakan mata beliau kepada kekasihnya. Tetapi malangnya pengorbanannya lansung tidak dihargai.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

{ IT-KELANTAN } aduhai 4 isteriku


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

{ KELANTAN-KITA } Mencari Peguam untuk Tujuan Fasakh (cerai)-Story inside.

Assalamualaikum,

Saya mempunyai rakan perempuan yg saya kenali sejak kecil. Yang saya tahu, dia telah dipaksa kawin dgn org berumur 40-an lebih sedangkan umurnya ketika itu 19 tahun..

Baru2 ni,saya terjumpa dgn dia. dia sedang mencari jalan untuk tujuan fasakh disebabkan suaminya itu mengabaikan tanggungjawabnya tentang nafkah zahir,sebaliknya memikirkan nafkah batin semata2.Suaminya itu mempunyai seorang lg isteri tua.

Baru2 ini, suaminya telah menyatakan untuk 'open file' untuk cerai. Tetapi janji tinggal janji. Sampai skrg tidak dibuka file.

Jadi, diharap pada warga Kelantan-kita yg mempunyai no telefon peguam2 yang boleh uruskan tujuan cerai fasakh supaya dapat menolong rakan saya di Pasir Mas ini, memandangkan dia tidak kenal mana2 peguam untuk tujuan fasakh ini.

Advantage sekiranya peguam tersebut adalah perempuan kerana dia mungkin lebih memahami perasaan kawan perempuan saya itu.

Boleh email pada saya nixkcode@yahoo.com mengenai peguam yg anda rasakan sesuai,samaada tinggalkan no phone, atau boleh inform pada peguam tersebut supaya contact saya melalui email. Saya sangat kesian pada nasib rakan perempuan saya yg selalu menangis2 itu,sedangkan dia tak reti untuk buat sesuatu sebaliknya dipergunakan cukup2 oleh suaminya itu.






__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Thursday, March 26, 2009

{ IT-KELANTAN } Fakta:- Babi @ Khinzir

Mengapa Islam Mengharamkan Babi!!

Babi atau khinzir (b. Arab: khinzir) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Hukum babi dalam Agama Monoteistik

Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An"am Ayat 145)

Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
"Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.

Babi dalam bangsa lain

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhu Wuneng.

Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.

Babi dari sudut sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.
Babi sebagai makanan

Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:
Babi panggang merah (manis) khas Tionghoa
Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa
Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya harus dicelupkan ke dalam cuka aren yang disediakan khas Tionghoa Bogor
Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih besar dan rasanya manis.
Ngo hiang / Go Hiong: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis. (Jakarta, Bogor, Bandung).
Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis kerana kecap manis.
Bakut: Hidangan khas Tionghoa yang merupakan paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu iga babi.(Terdapat di seluruh Indonesia).
Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.
Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.

?

Gambar babi sebagai makanan

?

Bakuteh

?

Babi guling

?

Casiu (babi panggang merah)

?

Ham babi

?

Iga babi dengan sayur


Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[1].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[2] [3]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[4].

Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)
Rujukan saintifik


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

{ IT-KELANTAN } Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

 

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra": 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur"an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung "Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu"jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An"am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu"jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya"qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.." (Al-Anbiya": 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur"an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahualam


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

{ IT-KELANTAN } lawak indon

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana ," kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan .

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Dog Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about dogs.

Group Charity

Be the Change

A citizen movement

to change the world

10 Day Club

on Yahoo! Groups

Share the benefits

of a high fiber diet.

.

__,_._,___

{ IT-KELANTAN } sengaja atau tidak sengaja?

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

 

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.

 

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

 

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

 

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.

 

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur

 

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis).


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

{ IT-KELANTAN } bila melayu berpecah

BETAPA ironisnya peribahasa lama yang menceritakan tentang kebebalan dan kedangkalan mentaliti seorang yang bernama Pak Pandir atau Lebai Malang dalam kisah persabungan ayam.

Ayamnya menang tetapi kampungnya pula yang tergadai. Begitu juga dengan peribahasa lama yang menceritakan tentang kemarahan seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk… habis semua kelambunya dibakar.

Begitulah putaran hidup di dunia ini. Sketsa daripada cerita dan peribahasa lama banyak membawa dan menterjemahkan kisah daripada kehidupan sebenar, cuma kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripadanya.

Yang lebih tragisnya ialah Melayu mudah lupa wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangkitlah kamu semua daripada tidurmu yang diulit mimpi-mimpi yang lama. Bukalah mata kalian, lihatlah di sekelilingmu betapa selama 50 tahun ketuanan Melayu telah menjadi teras pemerintahan tanah warisan Melayu di Malaysia ini.

Kini semuanya telah terhakis sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan hilang terus ditelan oleh kerakusan tangan-tangan Islam dan Melayu sendiri.

Islam dan Melayu adalah satu golongan yang menguasai majoriti populasi rakyat di Malaysia ini tetapi kerana perbezaan wadah perjuangan politik kita menjadi berpecah belah. Kita bermusuhan dan paling tragis lagi kita sanggup bersekongkol dengan kaum dan penganut agama lain bagi menjatuhkan saudara seagama dan sebangsa .

Alangkah sedihnya umat Islam dan Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan PKR.

Pada waktu yang sama kaum lain bersatu dalam DAP. Dan impak dan natijahnya, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang telah jatuh kepada DAP? Mungkin pada zahirnya kita melihat ketiga-tiga negeri itu berada di bawah Barisan Alternatif tetapi pada hakikatnya, DAP yang menguasai kerusi DUN di ketiga-tiga negeri tersebut.

Dan yang lebih memalukan ada di antara umat Islam dan Melayu telah sama-sama membantu DAP untuk menghapuskan sama sekali suara Melayu di Pulau Pinang.

Dengan memiliki lebih dua pertiga kerusi di sana, DAP bebas untuk berbuat apa saja agenda mereka yang terbuku di hati selama ini. Apa gunanya kita mendabik dada dengan mengatakan kita menang kalau kita hanya menang sorak tetapi kampung tergadai.

Jangan pula nanti kita semua terkejut atau menyesali diri kalau ada undang-undang yang dilulus atau digubal untuk mengurangkan bunyi azan di surau atau masjid di Pulau Pinang. DAP tidak akan kisah dan mempedulikan nasihat Majlis atau Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana mereka yang memerintah.

Bagi Perak dan Selangor pula, andai kata PKR dan Pas yang dipilih menjadi Menteri Besar, hakikatnya tetap sama, DAP menguasai DUN. Segala kata putus mesti mendapat endorsement DAP dulu.

Maka jadilah mereka Menteri Besar boneka, yang tiada bezanya dengan Mahmood Abas, Hamid Karzai dan Pervez Musharraf yang menjadi Presiden boneka Amerika. Akhir kata… wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangunlah dan fikirkan nasib yang bakal diharungi oleh anak-anak dan cucu-cucu kita di kemudian hari. Jangan sampai mereka menyumpah di kuburan kita kerana kesilapan yang kita lakukan hari ini.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Cat Group

Join a group for

people who love cats

Group Charity

Hands On Network

Volunteering has

never been so easy

All-Bran

Day 10 Club

on Yahoo! Groups

Feel better with fiber.

.

__,_._,___