Monday, March 23, 2009

{ IT-KELANTAN } RENUNGKANLAH SEKELIAN LELAKI BERNAMA SUAMI

Terjadinya kecurangan seorang suami tu...rasanya lebih kepada perasaan tidak puas hati seorang suami serta keegoannya sebagai lelaki di dalam rumahtangga, padahal jika di dalam sebuah rumahtangga itu terjadi memberi dan menerima, tolak ansur, toleransi dan memahami peranan masing2, maka perkara ini tidak akan terjadi.

Ketahuilah wanita dianugerahkan dengan 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki dianugerahkan dengan 9 akal dan 1 pintu nafsu sahaja, maka adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan seorang suami untuk dapat membetulkan segala kepincangan serta segala perkara yang salah di dalam rumahtangganya termasuk menasihati, mendidik dan mengasihi isterinya, bukan membuat perkara2 yang tidak disenangi...

Percayalah, seorang wanita akan lebih menyayangi suaminya andai dia tahu bahawa suaminya menyayanginya sepenuh hati, segala layanan yang tidak memuaskan serta perhatian yang kurang biasanya terjadi atas kecuaian lelaki dalam melayani dan memberi kasih sayang yang wajar terhadap isterinya, kerana lelaki akan sambil lewa saat sudah memiliki wanita secara mutlak;tiada acara "mengambil hati" ataupun saat2 romantis sebagaimana saat bercinta, berbeza dgn wanita yang memang menginginkan kelembutan dan kasih sayang walaupun saat telah mempunyai anak.

Mengenai dengan kecantikan wanita, ia merupakan manusia biasa yang tidak dapat lari dari lumrah alam, semua manusia akan luntur kecantikannya, wanita jarang di dengar untuk berubah hati bila suami mereka punya perut buncit, wajah berjerawat atau uban memutih di kepala setelah mereka melalui alam rumahtangga, akan tetapi mengapa lelaki dengan mudah saja berubah hati saat melihat kedut halus di wajah isteri, pertambahan berat badan dan sebagainya???? Inilah namanya kerakusan manusia, mereka inginkan kesempurnaan pada penampilan org lain, akan tetapi tidak melihat kesempurnaan penampilan sendiri….

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
All-Bran

Day 10 Club

on Yahoo! Groups

Feel better with fiber.

Health Groups

for people over 40

Join people who are

staying in shape.

Yahoo! Groups

Auto Enthusiast Zone

Auto Enthusiast Zone

Car groups and more!

.

__,_._,___

No comments: