Tuesday, March 3, 2009

{ IT-KELANTAN } memperoleh satu rakaat pada waktunya

Soalan:
Apakah hukumnya jika saya telah terlewat untuk bersolat, dan setelah rakaat yang pertama maka azan untuk solat yang berikutnya kedengaran. Apakah solat saya dikira sah. Dan apakah hukumnya jika semasa sedang bersolat air mani saya telah keluar semula daripada kemaluan isteri saya. Untuk pengetahuan tuan kami telah bersama sebelum kami bersolat.Apakah sah solat isteri saya itu dan apakah perlu beliau mandi hadas semula?
Azmi, K Lumpur
Jawapan:
    Barangsiapa memperolehi satu rakaat sebelum habis waktu bererti ia telah memperolehi solat keseluruhannya. Daripada abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, 'Barangsiapa memperoleh satu rakaat dari satu solat bererti ia memperoleh keseluruhan solat itu".
(Riwayat Jemaah)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bila salah seorang diantara kamu memperoleh satu sujud dari solat Asar sebelum matahari terbenam, hendaklah ia menyelesaikan solatnya dan jika ia memperoleh satu sujud dari solat Subuh sebelum matahari terbit, hendaklah ia menyempurnakan pula solatnya". (Riwayat Bukhari)     Kemudian mengenai sisa air mani suami yang terkeluar dari faraj isteri kerana baru melakukan jimak, jika isteri sudah mengerjakan mandi wajib dengan sempurna maka hukumnya tidak berdosa dan solat tetap sah, sebab air mani bukan benda najis.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: