Thursday, March 26, 2009

{ IT-KELANTAN } Fakta:- Babi @ Khinzir

Mengapa Islam Mengharamkan Babi!!

Babi atau khinzir (b. Arab: khinzir) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Hukum babi dalam Agama Monoteistik

Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An"am Ayat 145)

Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
"Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.

Babi dalam bangsa lain

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, dimana Tahun Babi dimasukkan kedalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhu Wuneng.

Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.

Babi dari sudut sains

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.
Babi sebagai makanan

Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:
Babi panggang merah (manis) khas Tionghoa
Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa
Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya harus dicelupkan ke dalam cuka aren yang disediakan khas Tionghoa Bogor
Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih besar dan rasanya manis.
Ngo hiang / Go Hiong: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis. (Jakarta, Bogor, Bandung).
Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis kerana kecap manis.
Bakut: Hidangan khas Tionghoa yang merupakan paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu iga babi.(Terdapat di seluruh Indonesia).
Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.
Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.

?

Gambar babi sebagai makanan

?

Bakuteh

?

Babi guling

?

Casiu (babi panggang merah)

?

Ham babi

?

Iga babi dengan sayur


Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[1].

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[2] [3]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[4].

Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)
Rujukan saintifik


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: