Thursday, March 19, 2009

{ IT-KELANTAN } makan hati bersuami tua

Wanita makan hati bersuami tua


SELEPAS tiga tahun perkahwinan dengan suami yang kini berusia 50 tahun, dalam sebulan dua ini saya perasan, pada waktu pagi wajah suami nampak begitu tua dan buruk hingga saya rasa tidak berselera padanya.

Perkara ini terjadi selepas saya rajin mendengar cakera padat ayat rukyah dan sesekali kalau rajin dan terjaga bangun malam saya melakukan solat taubat dan tahajud.


Saya pula seolah-olah baru tersedar daripada tidur yang panjang kenapa saya berkahwin dengan suami yang sudah tua ini. Ada juga saya merujuk pada ustaz, ustaz cakap kemungkinan saya disihir dalam waktu yang cukup lama.

Suami saya memang suka berbomoh supaya nampak muda dan hebat.

Walaupun dia pernah bersumpah dengan nama Allah tidak pernah buat semua itu, tapi ada sekali saya terjumpa tangkal miliknya.

Dalam usia 50, wajahnya tidak ada seri, apatah lagi dia jauh daripada urusan ibadat, hidupnya dipenuhi dengan kehidupan dunia dan berkawan dengan orang muda saja.

Saya begitu marah dan tidak melayannya dengan baik, sama ada daripada segi zahir mahupun batin, serta asyik terfikir hendak bercerai saja, tetapi memandangkan saya tiada pekerjaan, agak susah untuk saya bercerai. Lagipun ibu saya tidak membenarkan saya menumpang di rumahnya.

Saya selalu berfikir mengapa ibu tidak mempedulikan saya, termasuk ketika saya berpantang dulu. Saya teringat kata-kata ibu yang sering menyumpah saya.

Walaupun ada yang benar, tetapi hati saya sangat sedih. Kadangkala saya terfikir biarlah ibu mati saja supaya dia tidak lagi menyumpah saya.

Hidup saya dalam usia 30 tahun ini masih tidak menentu berbanding kawan satu universiti yang berjaya dalam kerjaya dan bahagia dengan keluarga masing-masing.

Apa harus saya lakukan? Apakah doa yang boleh saya amalkan untuk mengubah kehidupan ini?



SYASYA
Damansara





Perbezaan usia yang tua bukan faktor yang menghalang kebahagiaan rumah tangga. Buat masa sekarang puan adalah isteri yang sah dan mempunyai tanggungjawab untuk melayan suami seperti yang sepatutnya dilakukan seorang isteri daripada sudut agama.

Daripada kenyataan puan, walaupun puan seperti tidak suka lagi kepada suami atas apa alasan sekali pun, puan juga masih memerlukan perlindungannya kerana tiada pekerjaan dan masalah latar belakang keluarga yang tidak menerima puan.

Hakikatnya puan masih memerlukan suami dan bergantung kepadanya serta menumpang pada kehidupannya. Puan tidak mampu berdikari sendiri. Itu yang menyebabkan puan mengambil keputusan berkahwin dengannya.

Persoalan suami puan menggunakan bomoh jika merujuk pada petanda seperti tangkal yang digunakan, cara kehidupan yang jauh daripada tuhan seperti tidak melaksanakan ibadat dan sebagainya, memang sukar untuk puan merubahnya.

Namun, puan boleh merubah kehidupan puan. Renungkan dalam diri dan buat perubahan sedikit demi sedikit bermula dengan kehidupan yang mendekatkan diri pada Allah, kemudian diikuti dengan menambahkan ilmu kemahiran diri. Dengan ilmu yang ada, cubalah untuk berdikari.

Berdoalah selalu kepada Allah dengan membaca al-Quran supaya diberi petunjuk dan kebaikan dunia akhirat. Insya-Allah, Allah tidak mensia-siakan doa hamba-Nya.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Auto Enthusiast Zone

Passionate about cars?

Check out the Auto Enthusiast Zone.

Support Group

Lose lbs together

Share your weight-

loss successes.

All-Bran

Day 10 Club

on Yahoo! Groups

Feel better with fiber.

.

__,_._,___

No comments: