Thursday, March 12, 2009

{ IT-KELANTAN } KISAH SEBATANG PENYAPU

Kisahnya, seorang suami, akibat terlalu suka menggunakan alasan main golf bersama rakan seperniagaannya untuk menipu isteri, dia telah menjadi alpa dan leka. Pada satu hari yang malang, dia seperti biasa telah menggunakan alasan main golf pada malam harinya sebagai alasan paling selamat untuk berhore-hore dan berdangdut di sebuah kelab dangdut eksklusif.

Tanpa di sedari, pada malam ketika dia sedang nyenyak tidur, isterinya yang bijaksana telah memasukkan sebatang penyapu ke dalam beg golf suaminya. Keesokan paginya, dengan konfiden si suami telah keluar ke pejabat dan berpesan pada si isteri akan balik lewat kerana ada aktiviti bergolf pada malam harinya tanpa memeriksa beg golfnya terlebih dahulu. Terus dihumban ke dalam bonet kereta dan vroooom...!


Puas melalak dan bergelek dangdut, sampai di rumah terus tidor (kononnya letih main golf). Si isteri telah memeriksa beg sang suami dan mendapati batang penyapu masih elok di dalam beg golf tersebut. Maka, terbongkarlah rahsia sang suami yang durjana.


Keesokan paginya ketika sarapan, isteri pura-pura bertanyakan permainan golf yang berlangsung semalam pada sang suami yang masih belum sedar kekantoian penipuannya. Dengan konfiden dan bersemangatnya sang suami bercerita tentang game semalam yang mencabar. Bogeylah...eaglelah...birdielah...hole in one lah...bla bla...blah..

Tiba-tiba si isteri bertanya pada suami "Batang penyapu tu abang pakai lubang yang mana bang? Jauh tak distance pukul pakai batang penyapu tu?"

Gulp!! Maka tertelanlah si suami akan kuih donat yang tak berapa lembut itu tanpa sempat mengunyah kedalam lubuk perutnya. Sambil matanya bulat memandang raut muka isterinya yang putih membulat seperti bola golf juga! Oleh itu kepada para golfer yang tak berapa reti nak swing kalau nak menipu biarlah lambat asal selamat. Keperihatinan anda punca penipuan yang lancar dan berjaya.
 
Moral :  suami jangan biasa sangat menipu isteri dalam apa juga perkara!!!!!

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: