Monday, May 12, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Yang mana perlu dipilih


Edi,

Tapi saya ada pandangan yang berbeza. Saya banyak bergaul dengan kalangan Dr di sebabkan oleh tugas saya.

Luar negara - saya hanya menyampaikan apa yang salah seorang Dr. ini bagi tau secara tak langsung... dia juga perempuan.. Dia belajar di UK. Belajar di luar negara banyak 'exposure' dan memerlukan mental dan jati diri yang agak kuat. Dia khabarkan masa praktikal, dia di hantar ke rural area di UK , yang mana dia tinggal bersama-sama dengan Dr. di klinik berkenaan, masa ni lah memerlukan kekuatan mental, tak ada kawan & tak ada saudara. Kalau tgk dia ni, pada saya boleh hantar ke mana-mana pun boleh bawa diri.

Psl latihan praktikal-dlm negara memg lebih hampir dengan situasi kerja yang dia bakal hadapi, betul, tapi hospital kita masih banyak manual, luar negara pada saya lebih moden dan lebih mesra ICT, sekurang-kurangnya anak Edi akan lebih exposure ke arah "Health Informatics". Dr. yang ada knowledge dalam Health Informatic rasanya lebih marketable berbanding Dr. yang tahu klinikal semata-mata.

UIA- saya pernah ke kampus medical di Kuantan dan pada saya kampus ni masih baru dan program medical pun masih baru di UIA. Berjumpa juga dengan lecturer dan rata-ratanya sebaya saya, bukan memperkecilkan (jangan salah anggap) dan latihan praktikalnya di Hospital Tuanku Ampuan Afzan.

Pasal peluang pekerjaan, rasanya tak ada masalah kalau pelajar tajaan JPA.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Saya hanya ceritakan apa yang saya dengar dari Dr sekeliling saya...

Warm Regards,

Rosmawati Mohamed Noor

Sales and Business Development

Health Sector, SBG 2

HeiTech Padu Berhad

GL : +603-8601 3000 DID : +603-8601 3466

HP : 012-351 5399      Email : rsmawati@heitech.com.my

 


"Ediramle Ismail" <ediramle@kokpasir.com>
Sent by: Kelantan-kita@yahoogroups.com

05/12/2008 03:45 PM

Please respond to
Kelantan-kita@yahoogroups.com

To
Kelantan-kita@yahoogroups.com
cc
Subject
Re: { KELANTAN-KITA } Yang mana perlu dipilih





Berbanyak terima kasih diucapkan kepada sdr.Faizul.

Pelajar itu sebenarnya adalah anak saya sendiri. Saya juga telah bertanya
kepada beberapa orang rakan dan hampir semuanya berkata baik belajar dalam
negeri.

Anak saya tu seorang perempuan .

Ediramle Ismail.

On Mon, May 12, 2008 9:00 am, imaginasi wrote:
Assalamualaikum,

Situasi sama berlaku pada adik saya sendiri. Adik saya mendapat keputusan
cemerlang pada SPM 1998 dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan di Ireland, Australia dan USM. Beliau telah pun
menamatkan
pelajaran dan sekarang menjadi doktor (Dr Noorul Haslin) di HUSM Kubang
Kerian.

Pada ketika itu kami sekeluarga cuba mendapatkan pandangan dari rakan©÷
dan
saudara terdekat termasuk sepupu saya (Prof. Dr Ikram Shah Ismail,
Timbalan
Dekan Fakulti Perubatan UM dan Pengarah Pusat Perubatan University Malaya)
serta rakan©÷ saya yang menjadi doktor di HUSM Kubang Kerian dan Hospital
Sultanah Zainab KB.

Pilihan terbaik untuk adik saya ialah melanjutkan pelajaran di dalam
negeri
atas sebab©÷ berikut:

1. Jenis penyakit yang dipelajari lebih relevan dengan suasana
persekitaran
tropikal dinegara kita. Jenis©÷ penyakit yg dipelajari diluar negara lebih
kepada penyakit dipersekitaran negara berkenaan dan mungkin tidak relevan
kepada negara kita.

2. Latihan praktikal adalah lebih baik dari segi suasana yg sebenar yang
bakal dihadapi oleh para doktor dihospital©÷ di negara kita.

3. Lebih dekat dengan keluarga yang dapat menbantu jika menghadapi
masalah.

4. Lebih mudah mendapat pekerjaan (USM ¡æ HUSM Kubang Kerian, UIA,
Hospital
UIA dll).

Salah sesorang sepupu saya juga telah melanjutkan pelajaran di Ireland
(kalau tak silap Royal College di Dublin). Apabila balik ke Malaysia,
beliau
perlu mengambil peperiksaan dan menjalani latihan praktikal sekali lagi di
USM kerana terdapat beberapa jenis penyakit yg kritikal dikawasan tropikal
yang tidak dipelajari di sana.

Pihak yang inginkan pendapat ini boleh juga berjumpa dengan doktor©÷ untuk
mendapatkan beberapa pandangan lagi.

Sekian.
Faizul Haslizi.

2008/5/12 Ediramle Ismail <
ediramle@kokpasir.com>:

> Ada yang bertanya. Sekiranya anak kita dapat tawaran Biasiswa JPA Ke
> luar
> negara dalam perubatan dan pada masa yang sama dapat tawaran melanjutkan
> pengajian di Asasi Sains di UIA juga dalam bidang perubatan.
>
> Pelajar tersebut mendapat 9A 1 dalam SPM 2007 . mengikut berita yang
> diterima pelajar yang mendapat 9A ke atas akan ditawarkan biasiswa oleh
> JPA.
>
> Pertanyaannya, mana satu yang perlu dipilih di UIA atau Ke luar negara?
>
> Terima kasih.
>
>
>


This E-mail contains privileged and / or confidential information. If  you are not the intended recipient (or responsible for delivery of the  message to such person) or if you have inadvertently received this e-mail,  you should destroy or delete this message and notify the sender by replying  the E-mail accordingly. If you or your employer do not consent to using Internet E-mail for messages of this kind, please advise immediately by sending an E-mail to the sender of this message. All opinions, conclusions and other information in this message do not relate to the official business of HeiTech Padu Berhad ("HeiTech")  shall be understood as neither given nor endorsed by HeiTech. Our company  accepts no liability for the content of this E-mail, or of the consequences  of any actions taken on the basis of the information provided, unless that information is subsequently confirmed in writing. Caveat. 
__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: