Sunday, May 11, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Yang mana perlu dipilih

Assalamualaikum,
 
Situasi sama berlaku pada adik saya sendiri. Adik saya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 1998 dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland, Australia dan USM. Beliau telah pun menamatkan pelajaran dan sekarang menjadi doktor (Dr Noorul Haslin) di HUSM Kubang Kerian.
 
Pada ketika itu kami sekeluarga cuba mendapatkan pandangan dari rakan² dan saudara terdekat termasuk sepupu saya (Prof. Dr Ikram Shah Ismail, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UM dan Pengarah Pusat Perubatan University Malaya) serta rakan² saya yang menjadi doktor di HUSM Kubang Kerian dan Hospital Sultanah Zainab KB.
 
Pilihan terbaik untuk adik saya ialah melanjutkan pelajaran di dalam negeri atas sebab² berikut:
 
1. Jenis penyakit yang dipelajari lebih relevan dengan suasana persekitaran tropikal dinegara kita. Jenis² penyakit yg dipelajari diluar negara lebih kepada penyakit dipersekitaran negara berkenaan dan mungkin tidak relevan kepada negara kita.
 
2. Latihan praktikal adalah lebih baik dari segi suasana yg sebenar yang bakal dihadapi oleh para doktor dihospital² di negara kita.
 
3. Lebih dekat dengan keluarga yang dapat menbantu jika menghadapi masalah.
 
4. Lebih mudah mendapat pekerjaan (USM → HUSM Kubang Kerian, UIA, Hospital UIA dll).
 
Salah sesorang sepupu saya juga telah melanjutkan pelajaran di Ireland (kalau tak silap Royal College di Dublin). Apabila balik ke Malaysia, beliau perlu mengambil peperiksaan dan menjalani latihan praktikal sekali lagi di USM kerana terdapat beberapa jenis penyakit yg kritikal dikawasan tropikal yang tidak dipelajari di sana.
 
Pihak yang inginkan pendapat ini boleh juga berjumpa dengan doktor² untuk mendapatkan beberapa pandangan lagi.
 
Sekian.
Faizul Haslizi.

 
2008/5/12 Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>:

Ada yang bertanya. Sekiranya anak kita dapat tawaran Biasiswa JPA Ke luar
negara dalam perubatan dan pada masa yang sama dapat tawaran melanjutkan
pengajian di Asasi Sains di UIA juga dalam bidang perubatan.

Pelajar tersebut mendapat 9A 1 dalam SPM 2007 . mengikut berita yang
diterima pelajar yang mendapat 9A ke atas akan ditawarkan biasiswa oleh
JPA.

Pertanyaannya, mana satu yang perlu dipilih di UIA atau Ke luar negara?

Terima kasih.


__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: