Thursday, May 8, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } 'Situasi BNnnn sekarang berbahaya' (kata Tun)

Yang sudah tu sudahlah, sepatutnya kita kembali bersatu dan sama-sama
membina kekuatan anak bangsa dengan keupayaan yang kita ada.

Kata mengata tidak ada jalan kesudahannya, malah mengembalikan luka di
dada jua .

Kelantan-kita egroup tidak memihak kepada mana-mana pihak. Oleh itu
tulisan yang memihak begini adalah tidak dibenarkan dikirimkan ke egroup
ini, walaupun ianya dipetik dari mana-mana sumber.

Mohon maaf kepada rakan-rakan sekelian kerana saya telah melupakan
perkara-perkara yang menyerabutkan ini(bagi saya) sehingga empat atau
lima tahun akan datang kiranya dipanjangkan umur.

Kalau kita petani , sepatutnya usahakan bagi meningkatkan hasil pertanian.
Kalau kita penulis sepatutnya berusaha menghasilkan penulisan yang
bermanfaat kepada semua. Kalau kita nelayan sepatutnya berusaha untuk
menangkap lebih banyak ikan. Kalau kita guru agama, sepatutnya kita
berusaha bukan sahaja mengajar di madrasah atau masjid, tetapi masuk ke
dalam masyarakat secara langsung.

Kalau kita pemain, sepatutnya berusaha lebih kuat lagi dalam permainan
agar menjadi pemain terbilang dan menjadi johan dalam pertandingan. Begitu
juga kalau kita sesiapa berusahalah menjadi sesiapa yang sebaiknya.

Mengapa harus menghabiskan banyak tenaga untuk berlawanan sesama sendiri,
sedangkan perlawanan yang lebih besar tidak kita berusaha untuk
memenanginya.


------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: