Sunday, July 13, 2008

{ KELANTAN-KITA } Musim buah telah bermula

Pakdo mari lagi ni,  adik kakak saing-saing pakdo semoga semuanya berada dalam tenang dan damai sentiasa.

Pakdo mari petang ni nak bercerita dengan  saing-saing pakdo berkenaan buah-buahan. Pakdo suka sangat makan buah-buahan , kebanyakan buah pakdo suka . Pakdo suka makan durian, pakdo suka makan rambutan, dan pakdo suka buah salak madu , buah mata kucing , buah dokon  dan buah-buhan tempatan lainnya juga buah-buahan  tidak tempatan pun pakdo suka juga.

Sekarang ni pakdo tengok , buah-buahan semakin banyak dijual di pasar-pasar dan di gerai dan bermacam pulak tu. Pakdo mendongok ke atas pokok di kebun saing-saing pakdo , pakdo nampak buah-buah rambutan sudah mula nak masak, buah durian juga sudah ada yang luruh, buah dokon juga sudah ada setangkai dua yang masak , buah-buahan lain juga juga mulai banyak sekarang . Syukur sungguh pakdo kerana tahun ini cuaca yang seperti tidak menentu tapi membekalkan air yang mencukupi untuk pokok-pokok. Pokok-pokok sungguh subur.

Pakdo rupanya hidup di sebuah negeri dan negara yang tanahnya subur, yang cuacanya baik dan yang terselamat daripada malapetaka alam semulajadi seperti gunung berapi dan gempa bumi.

Negeri dan negara  pakdo juga  rupanya  begitu aman damai, seakan tenangnya air yang mengalir di sungai Kelantan. Dengan keamanan itu pokok-pokok turut merasa keamanannya. Inilah manfaatnya kesan positif daripada pemikiran saing-saing pakdo berupaya menyuburkan pohonan yang menghijau  dan berbuah lebat pulak tu.

Juga senyuman yang meranum di bibir saing-saing pakdo  boleh mamaniskan buah-buahan di kebun saing-saing pakdo. Fikiran yang teang dapat mendinginkan suasana hangat malam. Pemikiran positif boleh mempengaruhi orang lain dan keadaan setempat.

Pakdo kelmarin bersama makdo dan anak cucu sempat makan pulut durian yang walaupun pakdo tak miliki kebun , hasil usaha saing-saing pakdo dapat juga pakdo rasai. Hasil usaha palbagai pihak bercantum di rumah pakdo dan pakdo sekeluarga dapat pula menikmatinya dengan enak sekali.  Hasil mereka yang menanam padi, mereka yang menanam kelapa, mereka yang menanam durian dan mereka yang mengusahakan gas masakan, mereka yang menyediakan air bergabung menjadi satu.

Pakdo ucapkan terima kasih kepada mereka dan bersyukur kepada Allah atas kurniaNya yang tidak terbandingkan dengan apa sekalipun.

Pakdo harapkan saing-saing pakdo , bila dikurniakan banyak rezeki dan dapat menikmati apa saja buah yang diingini , makanlah secara yang bijak dan tidak membazir , juga ingatlah juga orang lain yang mungkinnya mereka tidak dapat makan buahan sepertimana yang mereka inginkan. Anak cucu mereka tidak sempat mengecapi buah-buahan bermula dari bermula musim hingga ke akhir musim. Alangkah .


Pakdo gi dulu deh.




--
Hormat selalu daripada Pakdo __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com  http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: