Friday, July 4, 2008

{ KELANTAN-KITA } Dikir Barat Pengguna Berjaya

Dikir Barat Kepenggunaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan
Hal Ehwal Pengguna Cawangan Negeri Kelantan bersama Kawasan Rukun Tetangga
Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan , bertempat di Padang bola sepak SK Kok
Pasir telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada malam 4 Julai 2008.

Pihak KRT Kok pasir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang
terbabit dalam menjayakan program ini.

Perjalanan program lancar dan berjaya capai metlamat kehadiran serta
pengisiannya. Dianggapkan kurang lebih 2,000 penduduk Kampung Kok Pasir
dan kampung-kampung sekitar turut menyaksikan dikir barat yang bertema
kepenggunaan ini.

Juara yang mempersembahkan dikir barat itu , Zaidi Buluh Perindu dan Rozi
Kemam Berduri. Manakala tukang karutnya terdiri daripada Tuan Kob Raja
Saring, Pak Ku Kamal, Mat Yie Kota Raya dan Napi Padang Kala.

Dikir barat ini turut mencabar minda penonton dengan kuiz-kuiz berkaitan
kepenggunaan yang disampaikan dari masa-kesemasa berdasarkan apa yang
diperkatakan oleh tukang-tukang karut semasa persembahannya. Hadiah
berbentur hamper diberikan kepada mereka yang menjawab dengan betul soalah
yang dikemukakan.

Dikir barat selain sebagai satu budaya masyarakat di kelantan ia juga
berperanan berkesan dalam menyampaikan info-info dan maklumat berkenaan
sesuatu isu semasa.

Dikir barat masuk percuma bertema kepenggunaan ini turut diisi dengan
taklimat pihak polis dari segi keselamatan.

Dari segi Keselamatan dikir barat ini turut dibantu oleh pihak rela, Skim
Rondaan seluruh negeri Kelantan dan pawagai-pegawai polis sendiri.

Kerjasama semua pihak membuatkan program yang dianjurkan berjaya dengan
baiknya.


Ediramle Ismail
Ketua unit ICT KRT Mukim Kok Pasir.
http://www.kokpasir.com

------------------------------------

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com

http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:

http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join

(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:

http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: