Monday, February 11, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Sehari hanya 5 jam

hai..rasanya antara jam yang diperkira oleh edi ada jga terkena pada saya.Tapi untuk semua yang diperkatakan itu,kita pilihlah  yang terbaik ikut kemapuan dan keupayaan diri tetapi selamat untuk kesihatan diri,kelapangan hidup dan kesejahteraan dalam ibadat.
wazam
    .  .
  " V "
----- Original Message -----
Sent: Monday, February 11, 2008 8:41 PM
Subject: { KELANTAN-KITA } Sehari hanya 5 jam

Mengikut perkiraan yang telah ditetapkan, dalam sehari dibahagikan kepada
24 jam.

Bagi kebanyakan orang 10 jam telah dijual untuk pekerjaan, 6 jam telah
digunakan untuk tidur. Bermakna 16 jam telah digunakan dalam sehari untuk
dua perkara ini , kecualilah bagi meraka yang kegemarannya adalah
berkerja. Saya percaya peratusan orang yang betul-betul minat bekerja
adalah kecil berbanding dengan mereka berkerja untuk keperluan (Bekerja
untuk hidup). Kecuali juga bagi mereka yang merasa cukup tidur walaupun
selama 2 jam sehari. 4 jam lagi boleh digunakan untuk urusan lain.

Tinggal lagi 8 jam yang berbaki. 3 jam digunakan untuk pelbagai aktiviti
termasuk beribadat, makan minum dan mandi manda dan bersama keluarga.

Untuk diri sendiri, untuk membangunkan diri sendiri , untuk berfikir dan
untuk menjadi diri sendiri hanya sekitar 5 jam sehari.

Dalam 5 jam itu kalau 2 jam digunakan untuk berbual di kedai kopi, 1 jam
untuk bermain, 2 jam untuk menonton TV dan sebagainya masa itu telah habis
semuanya. Ada juga manfaatnya tapi rasanya masih belum baik untuk
membangunkan diri sendiri. Kebanyakan masa digunakan untuk berhibur.

Kalau sebagai penulis guna 3 jam untuk menulis 1 jam untuk membaca dan 1
jam untuk bermasyarakat adalah agak baik tapi kurang menyihatkan kerana
tak ada masa untuk senaman dan menjaga kesihatan.

Yang lebih teruk kalau bermain permainan seperti main aji, terup dan
permainan-permainan yang kurang memberi faedah selama 4 jam sehari dan
satu jam berikutnya berehat ini kurang bagus untuk kesihatan dan langsung
tidak bagus untuk membangunkan diri.

Sebaliknya ada orang menggunakan masa 5 jam itu 4 jam untuk berniaga , 1
jam untuk berehat . Ini agak bagus tapi masih ada kekurangan lagi.

Ada juga yang menggunakan masa 2 jam untuk berkebun, 2 jam untuk membaca
dan 1 jam untuk bermasyarakat . Saya kira ini pilihan yang lebih bijak.
Tapi dia belum boleh digelar sebagai petani dan hasil pertanian yang
diusahakan itu tidak berapa banyak.

Bagaimana kalau 2 jam digunakan untuk beribadat, 2 jam untuk bermasyarakat
dan 1 jam untuk berihat. Bagus juga ini untuk dunia dan akhirat.

Ada juga yang guna masa 4 jam untuk berinternet dan 1 jam untuk
bermasyarakat . Ini seperti sayalah. Kurang bagus untuk kesihatan dan
banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan dalam membangunkan diri
sendiri. Ada maklumat tapi kurang tindakan.

Bagi mereka yang minat memancing 2 jam digunakan untuk memancing , 1 jam
untuk berbual di kedai kopi dan 2 jam untuk pelbagai . Ini masih kurang
bagus kerana walaupun kegemaran memancing itu bagus, tapi selalunya hasil
yang diperolehi tidak setimpal dengan masa yang digunakan.

Malah ada juga mereka yang tambah tidur 3 jam sebelah petang 1 jam bermain
dan 1 jam menonton TV. Ini kurang bagus kerana banyak masa yang terbuang.

Ada juga yang menggunakan masa 4 jam untuk masyarakat dan 1 jam untuk
berniaga.

Banyak perkara lagi yang dilakukan dalam masa yang singkat ini itu
bergantung kepada minat dan kecenderungan seseorang. Ianya bagus untuk
orang itu tapi kurang baik untuk yang lainnya.

Bagi saya saya kira yang bagus ianya meliputi beberapa perkara seperti
agama, masyarakat, pertanian , perniagaan , penulisan dan pembacaan. Ianya
ada masukan dan ada keluaran.

Mungkin ada pandangan yang lebih menarik tetang perkara ini.

Edi

__._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: