Tuesday, February 26, 2008

{ KELANTAN-KITA } Re: { PESISIR } Resdung

Terima kasih ananda pakdo hong,  kerana berikan tips untuk pengubatan resdung.
InsyaAllah pakdo akan amalkan kedua-duanya kerana ianya mudah dan pakdo fikir ianya berkesan.
 
Pakdo berminat juga untuk mengetahui tentang urutan refleksi ni. Di mana pakdo boleh buat rujukan tentang
cara-cara urutan ni?
 
Sebelum ni pakdo pernah minta tolong makdo pijak telapak kaki ketika pakdo merasa keletihan dan ianya sungguh berkesan.
 
Satu lagi pakdo nak tanya Hong,
Hong pakdo rasa boleh juga melakukan pengubatan jarak jauh barangkali? atau boleh scan penyakit dari jarak jauh?
 
 
Emel ini walaupun nampak seperti pakdo bercakap dengan Hong, tapi ianya juga untuk manfaat saing-saing pakdo yang lain juga.
 

Pakdo
 

 
On 2/26/08, Hong siu Long <honggagah@yahoo.com> wrote:

Salam pakdo,
Cara mengubati resdung sebenarnya secara berterusan kerana ianya sentiasa ada selagi kelenjar hingus ada.Rawatan moden biasanya dengan menbuat pembedahan membuang kelenjar ini.Kesannya hidung akan hilang fungsi menapis habuk dan kotoran melalui hingus.
Sebenarnya jika diamalkan kaedah mengambil wuduk dengan sempurna mampu menghalang resdung.Langkah sunat memasukkan air dalam hidung,tu laa penyelesaian resdung.Amalkan,pada mulanya memang sakit sedikit.Akhirnya tidak lagi.Paling berkesan waktu sebelum subuh.
       Kaedah kedua pulak urut tapak tangan dibawah jari ibu setiap kali bersin atau demam selsema.Ini refleksi tangan.Biasa diketahui refleksi kaki sahaja.Jauhkan jugak makanan laut yang tak segar atau telah diproses.(budu/belacan)
       Mintak pakdo cuba kaedah2 ini,moga cepat sembuh.


 



Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.




--
Hrmat selalu daripada Pakdo __._,_.___

Bersama memperkasakan ICT di Kelantan
http://www.kokpasir.com
http://pusatsumber.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: