Saturday, July 25, 2009

Re: { KELANTAN-KITA } As maa-Ul Husna -Pengertian rengkas



ok selamat berjumpa lagi ....


From: ibrahim him <ibnor895@yahoo..com>
To: Muaz aiman <noreply@mail.goodreads.com>; ako <akocuba@yahoo.com>; din@adg.com.my; ellis <roslanellis@yahoo.com>; kelantan-kita <kelantan-kita@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, May 30, 2009 19:28:42
Subject: { KELANTAN-KITA } As maa-Ul Husna -Pengertian rengkas

Pengertian Asmaa-Ul Husna

 

Marilah kita merenung erti dan makna Al Asmaa-Ul Husna satu persatu,sebagaimana berikut:

 

1-        Allah-    (الله)

Allah adalah nama bagi zat (ismudzdzat) Tuhan semesta alam yang telah mencipta dunia dengan segala isinya,termasuk pula manusia. Tidak ada Tuhan yang sebenarnya Kecuali Dia.Manusia  wajib beribadah dan menyembah hanya kepadaNya.Sedangkan nama-nama yag lain dari Al Asmaa-ul Husna adalah menunujukkan sifat-sifat Allah yang maha Agung itu.

 

                                      الله الذي لااله إلا هو             

 

2-     Ar Rahmaan-(الرحمن)

Yang Maha Pemurah..

Memberi rahmat dan kenikmatan kepada semua makhluk tanpa ada kecualinya.Baik manusia yang beriman mahupun yang kafir,manusia yang taat mahupun yang  derhaka,yang dosanya sedikit mahupun dosanya bertimbun.Rahmat Allah meliputi segala makhluk yang tidak terhitung banyaknya.Untuk manusia contohnya diberi rezeki,udara, air,cahaya matahari dan sebagainya.

 

 

3-     Ar Rahiim- (الرحيم)

Yang Maha Penyayang.

Memberi rahmat dan kenikmatan yang berlimpah-limpah khususnya bagi orang yang beriman,sehingga mereka mendapat kenikmatan dan rahmat  yang tidak ada tolok bandingnya di alam akhirat –syurga Jannatun na'im.Sedangkan orang kafir terkecuali dari mendapat  manfaat dari sifat Rahiim Allah ini.

 

 

4-      Al Malik – (الملك)

Yang Merajai

Merajai segala apa yang ada di langit dan di bumi .Mengatur segala-galanya sesuai dengan kekuasaan dan kebilaksanaan- Nya.Dia merajai dunia dan akhirat,bukan seperti raja-raja di dunia yang pasti mati dan akan mati.

 

 

 

5-     Al Qudduus –(القدوس)

Yang Maha Suci

Maha suci dari segala cela dan segala sifat kekurangan . Sebab Allah Maha sempurna  dalam segala -galanya.

 

                        (المنزه عن كل عيب ونقص)

 

6-     As Salaam –  (السلام)

Yang Maha Sejahtera.

Menyelamatkan hamba-Nya dari aniayaNya.Keselamat an dan kesejahteraan yang sebenarnya dari Allah.

 

 

7-      Al Mu'min – ( المؤمن)

Yang Memberi Keamanan.

Maka setipa makhluk dalam keadaan aman .Burung dapat terbang di angkasa luas dengan aman,ular pula dapt beristirehat di liangnya.Ikan di laut dapat hidup dengan aman , begitu juga halnya manusia.Mereka dapat hidup di bumi Allah dengan aman.Hanya manusia sendiri yang berbuat kerosakan dan tidak aman.

 

                        (واهب الأمن فكل مخلوق يعيش في أمن)

 

8-     Al Muhaimin ( المهيمن) –

Yang Maha Memelihara.

Memelihara makhluk-Nya dan mengawasinya. Tak ada satu makhluk pun yang sia-sia,semuanya diurusi dan diperhatikan.

 

                        ( المسيطر على خلقه والرقيب عليهم)

 

 

9-     Al 'Aziiz – (العزيز)   

Yang Maha Perkasa.

Yang dapat menang diatas segala makhluk kerana keagungan-Nya dan kekuasaan-Nya. Semua makhluk tunduk di bawah kekuasaan-Nya.

 

 

 

 

 

10-    Al Jabbaar-(الجبار )

Yang Maha Memaksa.

Berkuasa memaksa makhluk-Nya menurut kehendak-Nya . Sebab kekuasaan Allah di atas segala-galanyaز

 

                   (الذي جب خلقه على ما اراد)

 

 

11-      Al Mutakabbir  - (المتكبر)

Yang Memiliki Segala Kesombongan dan Keagungan.

Sebab yang berhak bersikap sombong hanyalah Allah sendiri.Oleh kerana itu sombong dilarang (diharamkan) dalam agama.Manusia tidak boleh sombong dalam hidupnya.

 

 

12-    Al Khaaliq  - ( الخالق)

Yang Menciptakan.

Yang menciptakan segala yang ada, pencipta alam. Allahlah yang mencipta dunia ini dari tidak ada menjadi ada. Oleh itu semua yang ada di alam ini disebut makhluk,ertinya ciptaan Allah.

 

13-    Al Baari' -  (البارئ)

Yang Mengadakan.

Yang mengadakan segala sesuatu sehingga terwujud dalam kenyataan dan terjadi sesuai dengan kudrat dan iradat-Nya.

 

 

 

14-    Al Musawwir  - (المصور)

Yang Membentuk Rupa.

Allah yang mencipta segala bentuk dan rupa makhluk-Nya, sehingga keadaannya serasi dan sesuai.Sehingga bentuk makhluk Allah itu beraneka warna,namun semuanya sesuai dengan keadaan diri masing-masing dan kena pada tempatnya.

 

 

 

 

 

 

 

15-    Al Ghaffaar  - (الغفار)

Yang Maha Pengampun.

Maha memberi ampun kepada hamba-hamba- Nya yang mahu bertaubat dengan sungguh-sungguh, sekalipun dosa yang telah dilakukan tidak terkira banyaknya.Oleh itu,manusia tidak seharusnya merasa hampa dan berputus asa dari mengharap rahmat Allah, asal sahaja mahu bertaubat dengan sungguh-sungguh dan tidak akan mengulangi perbuatan dosa  yang telh dilakukannya itu,Allah akan memberi keampunan-Nya.

 

 

 

16-    Al Qahhaar--  (القهار)

Yang Maha Mengalahkan.

Dapat mengalahkan semua makhluk-Nya. Dapat memaksa makhluk harus tunduk di bawah kekuasaan-Nya, Tidak ada satu makhluk pun yang dapt menandingi Allah apa lagi mengalahkan- Nya.

 

 

17-     A Wahhaab –(الوهاب)

Yang Maha Memberi.

Terlalu banyak pemberian-Nya, banyak kurnia dan kenikmatan yang diberikan kepada makhluk-Nya sehingga tidak dapat dihitung kerana sangat banyaknya. Selalu memberi sakalipun tidak diminta.

 

 

18-    Ar Razzaaq  - (الرزاق)

Yang Maha Pemberi Rezeki.

Memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya tanpa kecuali,baik yang beriman atau kufur,yang taat maupun yang engkar.  Semuanya memperoleh rezeki dari Allah. Ada yang banyak dan ada yang sedikit . Sebenarnya kalau manusia memperoleh rezeki dari sesame manusia hakikatnya adalah rezeki pemberian Allah jua, manakala manusia yang memberi  itu hanyalah sebagai pengantara sahaja,hakikat pemberi sebenar ialah Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

19-    Al Fattaah – (الفتاح)

Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat.

Allahlah yang membuka pintu rahmat sebanyak-banyaknya bagi hamba-Nya. Sedangkan rahmat Allah meliputi segala sesuatu.Oleh kerana itu,jangan jemu dan  berputus asa.Hendaklah manusia sentiasa memohon rahmat kepada Allah selama hayat masih dikandung badan,agar hidup manusia selalu menapt rahmat dari Allah, bahagia di dunia dan di akhirat.

 

 

20- Al Aliim -  (العليم)

Yang Maha Mengetahui.

Mengetahui segala apa shaja yang nampak oleh pancaindera manusia atau pun yang tidak nampak. Baik lahir mahupun batin.Maka tidak ada satu makhluk pun yang samar-samar tidak diketahui oleh Allah. Allah mengetahui hal apa sahaja.Tidak ada satu hal pun yang tidak diketahui oleh Allah.Mengetahui yang rahsia  mahupun yang tidak,yang samar mahupun yang tidak samar. Tidak ada kecualinya,sehingga kepada alam ghaib juga hanya diketahui Allah.

 

 

           

 




New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: