Saturday, September 13, 2008

Re: { KELANTAN-KITA } Ada ketika kita kecil

salam hormat pada pakdo dan ahli kelate kito dan selamat menjalankan ibadah puasa pada semua.
asslamualaikum.
sepanjang bulan puasa ni sama2 lah kita melihat dalam2 pada diri kita dan persekitaran agar hidup kita sentiasa ceria dan di muliakan, berfikirlah secara positif dan menganalisa setiap kejadian yang berlaku semoga kita di tetapkan iman dan kekuatan dalam menjalankan ibadah dan penghidupan seharian.
walaupun puasa tahun ni terpaksa berjauhan dari keluarga tersayang, namun demi mencari nafkah untuk meneruskan penghidupan, dapat jua di lakukan dengan penuh kesabaran walaupun di perantauan--- nun jauh di sebuah pulau di indonesia ( Pulau Bangka) . InsyaAllah akan penuh posa tahun ni walau pun terpaksa masak sendiri tanpa keluarga masa berbuka dan bersahur. inyaAllah semoga dapat berpuasa bersama keluarga pada penghujung ramadan setelah kembali kemalaysia ujung bulan ni. tidak ada apa yang istimewa disini, makanan terasa tak tertelan begitu gak kueh2 juadah berbuka, cita rasa disini berbeda dari tempat kita. suasana berpuasa jauh sekali berbanding dikelantan- mereka bebas makan mana2 semasa siang hari bulan puasa ni, maklumlah ugama majmuk.rasa rindu sangat suasana berpuasa dikampung. setakat ni alhamdulillah penuh puasa saya.

selamat berpuasa dan berterawih pada ahli semua

Wassallam

Abe Mat.

--- Pada Sab, 13/9/08, Pakdo <pakdotumpat@gmail.com> menulis:

> Daripada: Pakdo <pakdotumpat@gmail.com>
> Subjek: { KELANTAN-KITA } Ada ketika kita kecil
> Kepada: kelantan-kita@yahoogroups.com, pesisir@yahoogroups.com, tumpat@yahoogroups.com
> Tarikh: Sabtu, 13 September, 2008, 7:49 PM
> Saing-saing pakdo sekeliannya.
> Hari ini kita dah hampir mendekati pertengahan Ramadhan
> bulan mulia ini.
> Semoga saing-saing (rakan-rakan) pakdo semuanya dalam
> keadaan sihat dan
> sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan
> sebaiknya.
>
> Alhamdulillah, Pada bulan puasa tahun ni , pakdo dalam
> keadaan sihat dan
> tenang sekali. Pakdo merasa lebih sihat dan lebih tenang
> dari selalunya .
> Mungkin antaranya disebabkan setelah pakdo mendapat
> beberapa petua nasihat
> daripada saing sahabat pakdo supaya sentiasa berfikiran
> positif.
>
> Katanya dengan berfikiran positif kita akan merasa tenang
> dan damai selalu
> disamping mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa.
>
> Kata sahabat pakdo tu, kita tidak boleh biarkan fikiran
> negatif menguasai
> diri , kerana bila perasaan dan fikiran negatif bersarang
> dalam jiwa kita,
> ia akan memadamkan pemikiran positif yang ada di situ ini
> membuatkan kita
> akan kembali semula ke tabiat asal. Dan jiwa kita akan
> merasa tertekan dan
> tidak tenteram setelah dipengaruhi oleh perasaan pelbagai
> seperti hasad
> dengki, tamak haloba, niat buruk, berperangsangka buruk,
> tidak ikhlas dan
> sebagainya.
>
> Pakdo sedar yang dalam hidup ni , kita adakalanya menjadi
> besar dan
> adakalanya kita menjadi begitu kecil di mata dan di
> anggapan orang atau diri
> sendiri.
>
> Ketika menjadi besar pakdo sepatutnya tidak merasa sombong
> diri dan semasa
> menjadi kecil pakdo seharusnya tidak merasa rendah diri dan
> merasa amat
> kecewa. Di sinilah peranan pakdo untuk memujuk hati dan
> memperingatkan diri
> pakdo sendiri.
>
> Apakah ini satu putaran roda hidup atau apa umpama yang
> boleh dinamakan.
> Adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo diuji dengan
> pelbagai ujian dan
> adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo juga diuji dengan
> ujian kesenangan
> dan kebahagiaan.
>
> Bukan sahaja kesakitan dan kesukaran itu ujian, tetapi juga
> kesenangan dan
> kesoronokan juga berupa ujian. Pakdo kena berhati-hati
> melalui hidup ini
> agar pakdo tidak tersilap laluan yang membuatkan kehidupan
> berakhir dengan
> apa yang tidak diinginkan.
>
> Semoga ketenangan yang pakdo lalui ini akan berterusan dan
> kedamaian yang
> pakdo rasai ini akan berkekalan.
>
> Sempena bulan mulia ini pakda nak berpesan terutamanya
> kepada pakdo sendiri
> agar
> Jangan membazir di bulan puasa dengan makanan yang
> berlebihan dan pilihlah
> makanan yang berkhasiat kerana dengan makanan berkhasiat
> dan halal itu akan
> mempengaruhi jiwa dan minda kita dan juga minda anak
> beranan serta keluarga
> tercinta.
>
>
>
> Selama berpuasa dan selamat berbuka.
>
>
>
> Hormat selalu daripada pakdo


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

------------------------------------

Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam di mana sahaja berada.
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: