Monday, September 8, 2008

{ IT-KELANTAN } CELIK HURUF PENYELESAIAN TERBAIK

Lihat catatan di www.celikhuruf.blogspot.com

 

juga artikel di Benama :

 

HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA

Hari Celik Huruf Antarabangsa, yang diraikan setiap 8 Sept sejak 1965, mengingatkan masyarakat antarabangsa akan status celik huruf dan pembelajaran di seluruh dunia.

Hari sambutan ini memberi peluang kepada semua kerajaan, NGO dan media untuk menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan agenda celik huruf kekal sebagai keutamaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Unicef Malaysia meraikan Hari Celik Huruf Antarabangsa, tahun ini dengan tema Celik Huruf Penyelesaian Terbaik, dengan tumpuan kepada penambahbaikan pendidikan daripada segi capaian, ekuiti dan kualiti, khasnya bagi golongan kanak-kanak yang terpinggir di Malaysia.

"Seorang kanak-kanak yang boleh membaca dan menulis boleh diajar. Kanak-kanak yang boleh diajar boleh diperkasa untuk menuntut hak mereka, ubah kehidupan mereka, memajukan masyarakat mereka dan mempengaruhi takdir mereka," kata Wakil Unicef ke Malaysia, Youssouf Oomar.

Youssouf menekankan bahawa pendidikan bukan sahaja satu keistimewaan tetapi hak bagi semua kanak-kanak di Malaysia, seperti yang diperuntukan bagi mereka melalui ratifikasi Konvensyen bagi Hak Kanak-kanak (CRC) dan komitmen kerajaan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Alaf Baru(MDG).


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Y! Messenger

All together now

Host a free online

conference on IM.

Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

.

__,_._,___

No comments: