Saturday, September 13, 2008

{ KELANTAN-KITA } Ada ketika kita kecil

Saing-saing pakdo sekeliannya.
Hari ini kita dah hampir mendekati pertengahan Ramadhan bulan mulia ini. Semoga saing-saing (rakan-rakan)  pakdo semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, Pada bulan puasa tahun ni , pakdo dalam keadaan sihat dan tenang sekali. Pakdo merasa lebih sihat  dan lebih tenang dari selalunya . Mungkin antaranya disebabkan setelah pakdo mendapat beberapa petua nasihat daripada saing sahabat pakdo supaya sentiasa berfikiran positif.

Katanya dengan berfikiran positif kita akan merasa tenang dan damai selalu disamping mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa.

Kata sahabat pakdo tu, kita tidak boleh biarkan fikiran negatif menguasai diri , kerana bila perasaan dan fikiran   negatif bersarang dalam jiwa kita, ia akan memadamkan pemikiran positif yang ada di situ ini membuatkan kita akan kembali semula ke tabiat asal. Dan jiwa kita akan merasa tertekan dan  tidak tenteram setelah dipengaruhi oleh perasaan pelbagai seperti hasad dengki, tamak haloba, niat buruk, berperangsangka buruk, tidak ikhlas dan sebagainya.

Pakdo sedar yang dalam hidup ni , kita adakalanya menjadi besar dan adakalanya kita menjadi begitu kecil di mata dan di anggapan orang atau diri sendiri.

Ketika menjadi besar pakdo sepatutnya tidak merasa sombong diri dan semasa menjadi kecil pakdo seharusnya tidak merasa rendah diri dan merasa amat kecewa. Di sinilah peranan pakdo untuk memujuk hati dan memperingatkan diri pakdo sendiri.

Apakah ini satu putaran roda hidup atau apa umpama yang boleh dinamakan. Adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo diuji dengan pelbagai ujian dan adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo juga diuji dengan ujian kesenangan dan kebahagiaan.

Bukan sahaja kesakitan dan kesukaran itu ujian, tetapi juga kesenangan dan kesoronokan juga berupa ujian. Pakdo kena berhati-hati melalui hidup ini agar pakdo tidak tersilap laluan yang membuatkan kehidupan berakhir dengan apa yang tidak diinginkan.

Semoga ketenangan yang pakdo lalui ini akan berterusan dan kedamaian yang pakdo rasai ini akan berkekalan.

Sempena bulan mulia ini pakda nak berpesan terutamanya kepada pakdo sendiri agar
Jangan membazir  di bulan puasa dengan makanan yang berlebihan dan pilihlah makanan yang berkhasiat kerana dengan makanan berkhasiat dan halal itu akan mempengaruhi jiwa dan minda kita dan juga minda anak beranan serta keluarga tercinta.



Selama berpuasa dan selamat berbuka.



Hormat selalu daripada pakdo


__._,_.___

Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam di mana sahaja berada.




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: