Tuesday, December 22, 2009

{ KELANTAN-KITA } Fw: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH



Sumbangan tuan/puan sekelian untuk perpustakaan Masjid Khairiah Chabang Empat, Tumpat adalah dialu-alukan.
 
 
----- Original Message -----
From: amly ramly
Sent: Tuesday, December 22, 2009 7:22 PM
Subject: Fwd: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH



Pembinaan bangunan menara dan perpustakaan, Masjid Khairiah, Chabang Empat, Tumpat akan siap menmjelang tahun 2010. Bangunan yang menjulang aras itu tersergam indah dan bercahaya berwarna warni pada waktu malam. Kewujudannya sedikit sebanyak menjadi kebanggaan para pengunjung masjid ini.

Apa yang penting bagi kita, keindahan menara masjid ini akan meninggikan syiar Islam di daerah ini. Menara ini akan menjadi pusat laungan azan sebanyak lima waktu sehari semalam, manakala perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Al- Hidayah akan menjadi tempat rujukan ilmu dan maklumat dikalangan ahli jemaah dan golongan pelajar amnya.

Bagi memenuhi hasrat ini, pihak pengurusan bercadang untuk menyediakan tujuh set komputer untuk mengakses internet disamping buku-buku rujukan yang terdiri daripada berbagai tajuk dalam bidang tauhid, fekah, tafsir Al-Quraan, tasauf dan termasuk juga buku-buku rujukan akademik dan bacaan umum.

Bagi peningkatan imam dan takwa dikalangan anak mukim juga, pihak pengurusan akan mengadakan program Usrah Jaya, iaitu perjumpaan dan penerangan untuk memantapkan lagi akidah dan kefahaman tentang Islam disamping menolak amalan pengambilan dadah berbahaya. Program ini akan diadakan pada waktu lepas sembahyang Insyak dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Pembangunan Keluarga, Masjid Chabang Empat, Tumpat ( Permuafakata antara badan AADK Daerah Tumpat, Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat, PDRM Cawangan Cabang Empat, ADUN Wakaf Bharu dan PPM Cawangan Chabang Empat, Tumpat dan PIBG SK Chabang Empat, Tumpat).

Kekangan yang dihadapi ialah kekurangan input bagi melaksanakan program-program seperti peralatan atau buku-buku perpustakaan. Oleh itu pihak ajk perpustakaan merayu kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan misi kami. Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada Bendahari perpustakaan dan semua ajk di alamat surat menyurat : Perpustakaan Al- Hidayah, Masjid Khairiah Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim, atau melalui akaun masjid di BIMB No: 03-018-02-0414219. Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web : www.perpustakaanalhidayah.blogspot.com.

Kejayaan kami adalah harapan semua. Diatas sumbangan tuan diucapkan ribuan terima kasih. Jazkallahu Khaira.



__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://www.kokpasir.com/kanopi




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: