Sunday, December 20, 2009

{ KELANTAN-KITA } Facebook semakin dapat sambutan ramai



Diperhatikan sejak akhiran ini makin ramai pengguna internet yang mendaftar di laman jaringan sosial Facebook barangkali dengan beberapa tujuan seperti mencari kawan lama yang terpisah atau mencari kawan baru untuk berbincang tentang sesuatu perkara tertentu.
 
Mungkin juga ada antara mereka yang mendaftar di Facebook sekadar untuk mencuba supaya tidak sangat menampakkan mereka tidak tahu tentang facebook bila orang berbicara mengenainya.
 
Saya turut mendaftar http://www.facebook.com/ediramle  dan kini masih belum mahir lagi mengendali facebook sesuai dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya.
 
 
Untuk mendaftar ianya agak mudah dengan hanya mengisi beberapa arahan melalui laman http://www.facebook.com  seperti mengisi  nama , alamat e-mel    dan mengisi kata laluan yang dipilih , memilih status jantina serta tarikh lahir dan tahun lahir. Kemudian signup .
 
Satu e-mel untuk pengesahan dikirimkan ke e-mel yang dimasukkan ke kotak pendaftaran tadi.  Seketika kemudian laman Facebook itu terbina cuma beberapa masukan diperlu seperti pforil, foto dan pentingnya dapatkan kawan sama ada dengan menggunakan carian atau sebagainya.
 
Facebook kini dimanfaatkan oleh semua golongan daripada masyarakat kampung hingga kepada pemimpin-pemimpin negara dan mereka yang dikenali ramai.
 
 
Semoga ada rakan-rakan yang dapat menambah jelaskan lagi berkenaan facebook untuk dimanfaatlkan bersama.
 
 
 
 
 
 
 


__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://www.kokpasir.com/kanopi




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: