Monday, June 15, 2009

{ KELANTAN-KITA } Dari blog celikhuruf



MENCARI YANG BERGARDA DEPAN

DISULAM lontaran suara di pentas puisi laman Beringin Istana Budaya, saya sempat berwacana singkat bersama Marsli NO. Beliau yang dalam diam saya kagumi dalam singkat-singkat berdiskusi sambil sesekali ditingkah suara penyair.

Yang terkesan dan terisi pada diskusi sesingkat itu ialah mandala pencarian karya yang bergarda depan atau jua boleh jadi ditanggapi sebagai sedikit luar konvensional. Beliau tentu sahaja merujuk pengkaryaan itu dalam genre cerpen juga puisi. Dan, apabila sekelumit provokasi saya tentang karya-karya eksperimental beliau berpandangan, "eksperimental tetapi berasas." Yang saya faham pencaknya tidak sembrono. (betulkan saya abang Marsli).

Menyedut sedikit pandangan daripada pengkarya dari negara jiran, Indonesia, maklumat dari Marsli NO mengatakan ada pandangan berkata bahawa sastera di negara kita seolah sedang membentuk trend berjalan ke belakang. Seperti selesa dengan suatu tahap pengkaryaan berabad yang lalu. Saya kira sudut itu dilihat dari aspek teknik dan kandungan karya.

Jadi, cetusan ini sengaja sahaja meranduk ingin dan tahu di dalam diri saya, apakah pengkarya itu yang sengaja membentuk trend sedemikian atau media dan khalayak yang mahukan yang begitu. Karya garda depan (avant garde) tentu sahaja tidak mampu muncul saban hari, saban bulan dan saban tahun, tetapi apakah sudah bersedia kita mengenepikan selera kasar untuk menerima karya-karya bergarda depan?

Dan, apakah faktor lain yang menyebabkan sesuatu karya muncul di khalayak dalam bentuk dan rupa sedemikiannya. Ada orang akan bertanya kepada 'si penjaga gate', manakala tidak kurang akan membuat persepsi ke atas penilai-penilai karya terutama bagi yang disaring melalui mana-mana sayembara. Siapa itu?

Sekadar mencetus, mengutip pandangan dan memeriahkan perkongsian. Saya buka dengan bebas, kerana saya ini sekadar peminat kesusasteraan tanah air.

p/s: Pertemuan singkat dengan Marsli NO pada Malam Puisi Utusan 2009 membungakan ceria di hati saya. Yang saya tunggu-tunggu selama ini juga.


Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com 

--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com!


__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: