Thursday, April 30, 2009

Re: { IT-KELANTAN } Linux



kw pun pengguna linux..... anak umur 4 & 5 thn dah pandai buko utube kot ubuntu. wife pun guna ubuntu utk suft tenet..... bg kawe takat nk dgr mp3, tgk utube, edit foto guna gimp x ada masalah. sy sendiri guna xubuntu. cuma satu jah kalau guna ubuntu kita kn ada lone broadband utk update, cari code, sofware multimedia. kalau x ada tu eemmm kn usaha ler. baru sedak guna linux. lonie pc kawe x ada  masalah virus dan hang.
spec kawe guna pentum3 933mhz, sdram 384MB, hdd 10GB dan guna xubuntu 8.10.

 
On 4/29/09, mazlanmat <mazlanmat@yahoo.com> wrote:


Assalamualaikum,

Kalau cerita pasal Linux, setiap orang akan pelbagai pendapat masing2 bergantung kepada pengalaman masing2. Ada yang kata Linux masih jauh ketinggalan berbanding dengan Windows dan mungkin ada yang kata Linux sudah sedia untuk "gocoh" dengan windows secara bersemuka. Disini saya bukan bertujuan untuk mengia atau menidakkan adakah Linux sudah ready, tapi sekadar berkongsi sedikit pengalaman menggunakan Linux.

Kalau tak silap, kali pertama saya install Linux ialah dalam pengujung 90an, tak ingat tahun yang sebenarnya. Masa tu saya bekerja di syarikat yang menggunakan Unix SCO & AIX untuk compile applikasi. Desktop masa tu menggunakan Windows 95 and kami menggunakan applikasi(lupa dah nama dia) untuk akses Unix dari Windows desktop. Disebabkan kebanyakkan masa dihabiskan dalam Unix environment, terfikir juga untuk install Linux dalam salah satu desktop dan pakai Telnet je untuk access Unix server. Masa tu pakai distro Slakware. Mana ada Fedora, Ubuntu, Xubuntu ataupun TakBuntu lagi masa tu. Semua command line based. Installation senang sebab tak perlu configure GUI. Bereh... boleh pakai Linux untuk access Unix.

Kali kedua tak ingat bila try Linux(rasanya dalam tahun 2000++). Kalau tak silap pakai RedHat. Masa tu Linux punye hardware support tak macam sekarang. Majoriti konfigurasi perlu dilakukan dengan manual. Kalau tidak kerana minat, rasa mahu ambil Linux hempas masuk dalam tempayan budu! Biasanya masa ni tak semua hardware dapat berfungsi 100%, mungkin sound takde ataupun display tak dapak maksimum capability. Sabar... sebab minat.

Lepas tu try Fedora distro... last sekali kalau tak silap sampai Fedora 4/5. Kalau tak silap dalam tahun 2005/2006. Hardware support masa tu masih agak terhad. Konfigurasi masih banyak lagi perlu di edit secara manual. Tapi banyak applikasi dah mula di port ke Linux.

Selepas 2005/2006, lebih kurang langsung tak sentuh dan tak ambil tahu pasal Linux. Kecuali pasal kes SCO vs IBM kerana SCO kata IBM masukkan kan Unix code ke dalam Linux. Kes ini menarik untuk diikuti kerana banyak syarikat2 lain yang terlibat samada secara langsung ataupun tak langsung, termasuk Sun dan Novell. Kesudahannya agak menarik.

Awal tahun hari tu ada satu laptop yang di install Vista. Entah apa silap dia, Vista tu expire. So pikir balik, apa kata cuba Linux? Lagipun dah lama tak tengok Linux. Ingin juga tahun macamana adakah Linux sudah uptodate dengan perkakasan terkini? Research lebih kurang sana-sini untuk cari distro yang popular & senang di install, terjumpalah dengan Ubuntu. Saya rasa ramai yang tahu bahawa Ubuntu adalah perkataan Zulu. Teringin juga nak tengok orang kita, Melayu/kelate cipta benda dan dapat peluang untuk menamakan benda itu. Cuba imagine, kalau kita ada Linux distro sendiri, bagi nama "Budu" ko, "Gatal" ko atau "Comel". At least, orang lain kena sedikit tahu pasal bahasa kita ni..

Ok, kembali pada Ubuntu tadi... Saya guna Ubuntu versi 8.x (intrepid) dan install guna wubi installer. Lepas reboot and login to Linux, semua perkakasan berfungsi dengan sempurna. Bunyi, paparan, network,USB, NTFS readwrite semua ada. Printer HP? Plug & play semua jalan. Wah... ini sudah bagus. Cukup jaub berbeza jika dbindaingkan dari segi installation/konfigurasi Linux sekarang dengan 5-6 tahun lepas.

Sekarang, anak saya yang disekolah rendah guna Ubuntu untuk buat kerja sekolah mereka. Paling tidak, dia orang tahu macamana nak pakai open office, print, scan dengan Linux. Kalau dari kecil mcm ni mereka dah pakai Linux, saya rasa nanti mereka akan rasa pakai Windows yang susah nanti.

p/s: Mintak maaf kalau byk typo/language yang salah. Tak sempat nak edit...

Wassalam
Mazlan




--
Rgds
Mat Yus
http://mygg2u.blogspot.com/

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: