Thursday, April 9, 2009

{ IT-KELANTAN } Pedoman untuk ibu bapa



"Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaian negatif. Malangnya ibubapa kerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkan kehebatan anak.
 www.familiazam.com

"Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan kerja atau tugas sehebat prestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai dengan peringkat umur."

"Suami yang tidak mahu terima isteri, seadanya akan mudah membenci dan menyalahkannya walaupun perkara remeh. Berlapang dada dan terimalah isteri sebagai teman untuk segala-galanya"
www.familiazam.com
"Usah bercakap bagu pihak anak kiranya ada orang bercakap dengan mereka, kerana ia akan menghilangkan keyakinan diri mereka berbicara. Latihlah mereka berbicara dengan sopan."
www.familiazam.com
"Antara umur satu hingga tujuhbelas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 000 kali teguran negatif. Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada perlakuan anak kelak."
www.familiazam.com
"Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintai walaupun ketika dimarahi. Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalam diri mereka."
www.familiazam.com
"Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usah campurtangan. Biar mereka cuba selesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat dipupuk sejak kecil lagi."
 
www.familiazam.com
"Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi kerana mereka melakukan perkara yang kurang bijak. Samalah seperti anak yang bijak melakukan perkara yang bijak."  
www.familiazam.com
"Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudian beritahu akan kesilapannya. Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka boleh terimanya."
www.familiazam.com
"Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT sebagai penghubung dengan Nabi,serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama manusia".

"Ajarkan anak-anak supaya berani menanggung risiko apabila ia gagal berbuat sesuatu atau terjatuh setelah ia mencuba katakan seperti, BIASALAH TU, HERO MESTI TAHAN SAKIT"
www.familiazam.com
"Bezakan anak dengan perbuatannya. Apabila pukul anak beritahu mengapa ia dipukul kerana berbuat salah. Bukan kerana membenci dirinya, tapi perbuatannya".
www.familiazam.com
"Tujuan utama mendidik anak adalah supaya mereka beribadah kepada Allah, ikhlas keranaNya terhindar daripada bahatya syirik dan selamat daripada fitnah api neraka".
www.familiazam.com
"Kiranya kita mengetahui anak bercakap dusta, jangan sengaja memerangkapnya dengan pelbagai soalan. Cara demikian mengajar mereka berdusta dengan lebih banyak lagi".

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: