Saturday, February 14, 2009

{ KELANTAN-KITA } RM30 Ribu Untuk Bakat Kreatif

Tarikh tutup Sayembara Fiksyen Sains dilanjutkan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan kini menganjurkan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat Kebangsaan 2008. Penyertaan untuk sayembara ini telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos depan.

Sayembara ini bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan, tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antaranya tempat pertama dengan hadiah wang tunai RM 15,000, tempat kedua RM7,500, tempat ketiga RM 5,000 manakala lima pemenang hadiah saguhati akan menerima RM 2,500 setiap seorang.

Kesemua pemenang hadiah utama dan saguhati akan turut menerima watikah dan trofi. Selain itu, karya yang menang juga akan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Sempena dengan penganjuran sayembara ini juga satu siri bengkel penulisan akan turut diadakan. Bengkel akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan, Alor Star, Kedah, Sabah, dan Sarawak pada minggu-minggu yang berikutnya. Orang ramai yang berminat dijemput untuk menyertai bengkel yang diadakan.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara ini bolehlah menghubungi Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian 07-5218166/ 019-7557760 atau Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd di talian 03-92856577/ 012-3828353.

Maklumat juga boleh didapati dengan melayari www.penerbit.utm.my atau www.mybooks.com.my

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com 

--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com!


__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: