Salam Maal Hijrah 1430 kepada semua... semuga tahun ini memberi lebih keberkatan dan kemakmuran...dan nikmat yang dikurniakanNYA berterusan..  Nixk,  demo ko hok posted kija kosong dulu.. masih kosong lagi ko?  
 Warm Regards, Rosmawati Mohamed Noor 
Sales and Business Development 
Health Sector, SBG 2 
HeiTech Padu Berhad 
GL : +603-8601 3000 DID : +603-8601 3466 
HP : 012-351 5399      Email : rsmawati@heitech.com.my 
  
 
 
 
  Nixk Code <nixkcode@yahoo.com>   Sent by: Kelantan-kita@yahoogroups.com 28-12-08 04:39 PM    |   Please respond to  Kelantan-kita@yahoogroups.com  |       |    |   To   | kelantan-kita@yahoogroups.com, tumpat@yahoogroups.com, pesisir@yahoogroups.com, Kelantan-kita@yahoogroups.com  |   |   cc   |   |   |   Subject   | Re: { KELANTAN-KITA } Permata yang hilang |       
  | 
      haihhh abg Edi nyer tajuk yg ni dah jadi cam tajuk Harian Metro..Tajuk glamour..Panas..    saya tgk jer tajuk nih,terus saya bukak email nih.hishhh...    --- On Sat, 12/27/08, Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com> wrote:  From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>  Subject: { KELANTAN-KITA } Permata yang hilang  To: kelantan-kita@yahoogroups.com, tumpat@yahoogroups.com, pesisir@yahoogroups.com  Date: Saturday, December 27, 2008, 2:40 AM   Sebuah catatan akhir tahun    Tahun 2008 akan meninggalkan atau akan berlalu dalam sehari dua lagi  semasa catatan ini dibuat.    Bagi saya 2008 adalah antara merupakan satu tahun yang begitu beragam baik  dalam pengalaman maupun dalam jiwa peribadi sendiri.    Beberapa perkara baru ditemui dalam perjalanan ini yang sebelum ini tidak  terpandang dan terlihat maupun terlintas dalam fikiran.    Awal tahun 2008 katanya nak mengurangkan aktiviti dalam persatuan . Tapi  hasrat itu hanya separuh tercapai sahaja kerana masih juga ikuti aktiviti  persatuan seperti biasa terutamanya di peringkat kampung.    Entah dari mana timbul idea, awal tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang  berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar. Hal ini agak serius juga hingga  berusaha mengumpul bahan-bahan yang berkaitan baik melalui buku-buku atau  melalui tulisan di internet. Memandangkan bidang ini begitu luas dan  banyak cabangnya ianya tak sempat dipelajari semuanya dan buku-buku yang  dibeli sebahagian daripadanya belum habis dibaca dan apa lagi diamalkan .    Memandangkan kuasa minda tu begitu banyak cabang dan rantingnya hingga  sempat seketika singgah di ranting aura. Dari aura diketemui antaranya  batu-batu permata.    Dalam sebulan dua ni terus saja cuba memahami permata (kristal) dan  mulalah mengikuti langkah pengemar permata singgah di lorong-lorong , di  kedai dan gerai batu permata yang agak banyak terdapat di Kota Bharu .  Tapi memandangkan tidak memiliki sumber kewangan yang baik tidaklah dapat  miliki yang harga ribuan ringgit , cuma yang puluhan ringgit saja. Tapi  sebetulnya kalau mengikut yang aura tu, tak perlu sangat batu yang  berharga mahal seperti Delima atau Zamrud dan nilam , boleh saja guna batu  kristal yang murah seperti kecubung (amatis), akik, rose quarz, jade ,  ambar, topaz, lapis lazuli, citerine dan juga pirus.    Mengapakah ini terjadi. Sebetulnya mungkin jiwa telah berkata yang usia  kini telah semakin mendekati ke senja dan ketika ini masalah kesihatan  telah mula dirasakan.    Hasil daripada signal-signal yang diberikan itu seseorang telah mula  kehilangan permata yang berharga dalam dirinya sedikit demi sedikit iaitu  permata kesihatan tubuh badan .    Bila tiba di usia ini mulalah tubuh menjadi lenguh , dan penyakit mula  menyerang di sana sini, di segenap tubuh badan. Ada yang terkena tekanan  darah tinggi, ada yang kencing manis, ada yang batu karang, ada yang medu  ada yang hidapi masalah jantung , buah pinggang dan ratusan masalah  kesihatan lainnya.    Jadi secara tidak sedar jiwa mengarahkan tubuh untuk mencari penawar bagi  mengekalkan kesihatan seperti ketika remaja dan ketika dalam usia 40  puluhan    Yang jumpa herba terus dengan herba, yang jumpa cara altenatif terus  dengan cara altenatif bagi penyembuhan sekiranya terdapat sebarang  kesakitan.    Ketika menulis catatan ini, saya sendiri sudah lebih seminggu dihinggapi  oleh selsema dan deman ringan berpanjangan terutamanya pada waktu malam.  Ketika ini segantang batu permata, berkilo kismis, berkotak vitamin C,  bercupak buah goji, berkilo habatus sauda tidak lagi banyak membantu.  Kerana semuanya itu hanya berkesan sekiranya untuk mengelakkan daripada  datangnya penyakit.    Bila sudah sakit ubat yang lebih power lagi diperlukan. Sebab itu mencegah  lebih baik daripada merawat. Berdasarkan daripada simton yang dirasakan,  saya kira ini penyakit seduan atau resdung. Setiap tahun datangnya  adakalannya sampai berbulan-bulan deman ringan dan selsema berpanjangan.  Ini menggangu ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Kerana  terpaksa tidur awal malam dan tidak boleh menjalankan banyak kerja dengan  sempurna dan beberapa kekurangan lainnya kerana melakukan sesuatu dalam  keadaan kurang selesa.    Sekarang selain guna ubat dari farmasi , kini juga beli sebotol pil  resdong orang kampung dan setakat ni belum lagi ke klinik atau jumpa bomoh  resdung sebagai ikhtiar seterusnya.    Segala ikhtiar bakal ditelan  segala usaha selalu dihirup  segala nasihat akan dikeman  handaknya dengan ini halangan ini segera menghilang.    Ediramle    Tahun 2009 hendaknya menjadi tahun lebih bererti dalam hidup ini kerana  pada 16 Jun 2009 saya dah masuk ke usia 50 tahun sekiranya dipanjangkan  umur.    | 
  
  
 
This E-mail contains privileged and / or confidential information. If  you are not the intended recipient (or responsible for delivery of the  message to such person) or if you have inadvertently received this e-mail,  you should destroy or delete this message and notify the sender by replying  the E-mail accordingly. If you or your employer do not consent to using Internet E-mail for messages of this kind, please advise immediately by sending an E-mail to the sender of this message. All opinions, conclusions and other information in this message do not relate to the official business of HeiTech Padu Berhad ("HeiTech")  shall be understood as neither given nor endorsed by HeiTech. Our company  accepts no liability for the content of this E-mail, or of the consequences  of any actions taken on the basis of the information provided, unless that information is subsequently confirmed in writing. Caveat.  | 
 __._,_.___         
 Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com 
            
                         __,_._,___ 
 
No comments:
Post a Comment