Wednesday, December 10, 2008

{ KELANTAN-KITA } Dari Sajak ke Batu Permata

Sekadar berkongsi pengalaman (Cerita tentang diri sendiri).

Tahun sebelum 1977. Tak tahu apakah sebenarnya yang diinginkan.
Pada tahun 1977 mula berkenalan dengan sajak dan terus menulis sajak
sebaik sahaja baca beberapa buah sajak. Kemudian pernah baca satu tulisan
yang mengatakan untuk jadi seorang penyair antara syaratnya perlu baca
sekurangnya 10,000 buah sajak. Masa tu mulalah mengumpul sajak di
mana-mana sahaja terjumpa. Di akhbar, di majalah di buku-buku puisi,
antologi dan kumpulan puisi.

Kegilaan menjadi lebih teruk bila hampir sepanjang hari bersama sajak dan
sampai tidak dapat menulis prosa. Di mana-mana baca sajak, di mana-mana
tulis sajak.

Ketika masuk askar masih lagi dengan sajak. Berlarutan hingga 1990.

1990 perubahan berlaku setelah mendapat kerja tetap untuk kali kedua
selepas bekerja sebagai penoreh dan di ladang sawit antara tahun 1985
hingga 1989.

Pada tahun 1990 telah mula bermain dengan persatuan NGO dari persatuan
penulis ke persatuan belia , bekas Tentera dan beberapa persatuan lain.
Satu ketika pernah pegang 5 setiausaha dalam satu masa.

Ketika itu sajak telah semakin perlahan lari dari diri dan semakin tidak
datang.

Tahun-tahun 1990 hingga 2000 adalah tahun yang dipenuhi oleh aktiviti
persatuan. Sehingga sajak semakin menjauh. Apabila menyedari yang
berpersatuan tambah lagi sebagai setiausaha persatuan tiga empat persatuan
sekali gus ini membuatkan penulisan semakin menjauh.

Tahun 2000 semakin cuba untuk melupakan persatuan kerana sayangkan
penulisan. Tahun 2000 mula letak jawatan setiausaha beberapa persatuan .
Rasa lega sikit.

Bagaimanapun kegilaan baru pula datang iaitu ICT . Mulalah siang malam
bersama komputer dan internet , bersama e-mel dan egroup yang dimulai
sejak 1998.

Tak juga dapat kembali semula ke dunia penulisan. Perasaan ingin kembali
ke dunia penulisan tetap ada.

Disamping kegilaan dalam ICT turut serentak juga mula mengemari astronomi.
ketika itu mulalah mencari sumber-sumber sehingga cuba mengenal bintang di
langit , planet di langit dan bermacam jisim di langit. Dan pernah
mengeluarkan kata-kata bahawa sesuatu bangsa pasti tidak akan maju tanpa
menguasai Angkasa.

Ketika itu cuba menulis. Mujur juga dapat disiapkan sebuah novel tentang
angkasa lepas.

Kegilaan terhadap ICT masih juga berjalan seperti biasa , begitu juga
dengan persatuan tak dapat ditinggalkan terus , tetapi minat terhadap
astronomi telah menjadi kurang dan tidak lagi menjadi kegilaan. Ini
berlangsung sehingga tahun 2008.

Tahun 2008 sekali lagi berubah. Semuanya berpunca daripada ICT. Kali ini
masuk ke suatu ruang yang lebih mencabar dan begitu luas.

Tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang berkaitan dengan Kuasa Minda. Dari
situ mula mencari hal-hal yang berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar.
Dunia ini juga menyeronokkan dan semakin pergi semakin jauh dan menjadi
semakin dekat dengan perubatan altenatif dan perbomohan.

Kegilaan ini membuatkan terpaksa mengali tulisan-tulisan yang berkaitan
dengan kuasa minda dan menjalar kepada hal-hal yang berkaitan dengan
pernafasan dan berkaitan dengan perubatan serta aura.

Dari aura mula mengenal kristal. Dari situ seperti kembali ke satu tempat
di mana mula cuba mengenal jenis-jenis batu permata. Mula cuba mengenal
janis-jenis batu akik, delima ,zamrud, kecubung dan pelbagai.

Selepas ni nak ke mana pula. Perjalanan belum selesai. Sesungguhnya
perjalanan ini sungguh menyeronokkan. Tapi apakah mungkin dapat ku kejar
semuanya secara serentak. Tapi cukup percaya selagi menumpukan kepada NGO
sudah pasti segala hasrat bakal tidak tercapai.

Ruang yang hanya sempat dijenguk tapi tak sempat dimasuki walaupun agak
berminat ialah fotografi dan penanaman . Ruang perniagaan boleh berada di
mana-mana saja dalam dunia minat itu.

Dunia permata ,dunia kuasa minda, dunia ICT, dunia Sajak , dunia novel,
dunia astronomi,juga dunia NGO rupanya hampir sama saja.
HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM.


Ediramle Ismail
http://www.kokpasir.com

------------------------------------

Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan sila lawati http://kanopi.kokpasir.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: